Hiburan By: Khairil Khusyairi January 25, 2024 @ 8:00pm

Berkepak & Ada Lampu ‘Lip Lap’… Influencer Ini Sanggup Berhabis Hampir RM9,000 Datang Majlis Che Ta, Baju Raya 30 Pasang Pun Dah Siap!

Usahawan dan selebriti media sosial, Prince Syed Shahid mendedahkan sanggup melaburkan hampir RM9,000 demi busana dirinya dan isteri ketika menghadiri majlis pelancaran produk terbaharu selebriti, Rozita Che Wan atau Che Ta, baru-baru ini.

Kongsinya kepada XTRA, Shahid yang juga pereka fesyen itu memaklumkan busana yang disarungkan dia dan isteri itu adalah hasil jahitannya sendiri.

“Kalau ada apa-apa acara, memang kami akan jahit sendiri baju-baju yang dipakai.

“Kalau busana hari ini saya siapkan dalam masa dua hari dan anggaran untuk kedua-dua busana hari ini adalah sebanyak RM8,000 ke RM9,000.

“Kami datang untuk beri sokongan kepada Che Ta dan meriahkan suasana majlis. Siap berkepak-kepak sebab ikut tema,” kongsinya.

Ujar Shahid lagi dia dan isteri sudah lali dengan kecaman dan kritikan yang dilemparkan netizen sebaliknya berasa selesa dengan penampilan-penampilan sebegitu

“Hari-hari orang akan bercakap soal pakaian, ada yang cakap ‘over’ dan sebagainya.

“Sebenarnya kami selesa begini dan kami masih mengikut kesesuaian majlis. Takkanlah nak pergi pasar borong dengan busana begini.

“Malah, ekspektasi orang juga ingat kami berpakaian sebegini seharian. Tidak lah, kalau ada majlis saja kami melaram, “ ujarnya.

Dalam pada itu, Shahid yang memiliki pengikut seramai 500,000 pengikut di TikTok turut memaklumkan telah membuat persiapan busana untuk hari raya kelak.

“Dah siap dah, 30 hari 30 pasang baju yang tak berulang.

“Alhamdulillah, Allah beri rezeki pada kami setiap tahun. Kami pun sudah bekerja keras hampir setiap hari untuk menempuh sambutan hari raya ini.

“Raya Cuma sekali saja, itulah masanya untuk kami melaram,” kongsinya teruja.

ARTIKEL BERKAITAN: Che Ta Tak Pernah Suntik Wajah, Zain Saidin Larang & Tak Suka – “Bila Dah Tua, Untuk Cantik Sangat-Sangat Bukan Lagi Keutamaan”

ARTIKEL BERKAITAN: Che Ta Tak Tahu Notis Isytihar Bankrap – “Saya Tak Pernah Lari Bayar Cukai”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Hiburan Sun, 9 Jun 2019
Featured Mon, 6 Nov 2023

Fattah Amin & Fazura Bergabung Dalam Prekuel Mat Kilau?

Wah, mesti gempak ni berlakon suami isteri❤️‍🔥❤️‍🔥

Hiburan Tue, 13 Nov 2018

Banyak Cabaran Untuk Saya Ke Tahap Ini – Joe Flizzow

Tahniah Joe Flizzow selepas dinobat sebagai Penghibur Terbaik Asia Tenggara di Anugerah Muzik Eropah MTV 2018 (MTV EMA 2018).

Hiburan Sun, 1 Jul 2018

Betulkah Ardell Aryana Sakit Kanser?

Adakah benar Ardell kini sedang menghidap kanser? Baca berita penuh hanya di Xtra.com.my!