“Betullah Orang Cakap Jelmaan…” – Show Off Beli Pen Bernilai RM75,000, Iqbal Zulkefli Kena ‘Hentam’

Usahawan kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila beliau berkongsi mengenai pen berjenama mewahnya yang bernilai RM75,000.

Perkongsian itu dibuat Iqbal menerusi muat naik di laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Menurut Iqbal, sebelum ini dia tidak dapat membeli pen yang diinginkannya itu walaupun beberapa kali ke butik berjenama mewah, Mont Blanc.

“Akhirnya saya miliki pen Mont Blanc bernilai RM75,000. Sejak di Malaysia lagi saya masuk kedai Mont Blanc namun tidak beli pen yang saya mahu. Setelah berkali kali, daripada tertekan, lebih baik saya beli sahaja dan gantikan dengan kerja kuat lagi.

Tambahnya lagi, barangan luxury adalah barang yang paling disukainya. Malah, atas prinsip selagi tidak menyusahkan orang lain dengan cara yang halal maka tiada siapa yang dapat menghalangnya memiliki barangan mahal dan mewah tersebut.

“Saya seorang yang sangat suka pada barangan luxury. Selagi ia boleh memajukan fikiran dan hidup, tiada siapa boleh menghalang. Selagi tidak menyusahkan orang lain dan dengan cara halal, tidak mengapa, ini prinsip saya,” katanya.

Aduhai… kenapalah riak sangat ni!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan Iqbal yang dilihat tidak ‘insaf’ dan seringkali show off pada harga barangan mewah yang dibelinya sehingga ada yang melabel dirinya sebagai jelmaan kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Shukri.

 

 

 

Salma Syahbuddin