“Biar Bukti Yang Sokong, Bukan Skrip Yang Direka” – Isu Keguguran, Polis Sahkan Shuhada Tak Bersalah… Minta Hafidz Berhenti ‘Play Victim’

Sebelum ini, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri, mengumumkan dia kini sedang hamil anak ketiga.

Artikel Berkaitan: “Kuatlah Sayang” – Umum Hamil Anak Ke-3, Nurul Shuhada Risau Akan Bayi Akibat Alami Depresi

Namun begitu, beberapa hari lepas, Shuhada memaklumkan bahawa dia mengalami keguguran pada minggu ke-14.

Artikel Berkaitan: Nurul Shuhada Maklum Alami Keguguran, Tepis Dakwaan Sengaja Gugurkan Secara Haram

Susulan itu, Hafidz mendakwa Shuhada sengaja menggugurkan kandungan secara haram dan menyatakan telah membuat laporan polis.

Artikel Berkaitan: Shuhada Didakwa Gugurkan Kandungan Secara Haram,  Ini Respons Hafidz Roshdi – “Dia Siap Minta Kos Bayaran Untuk…”

Terbaru, menerusi hantaran di Instagram Shuhada, dia menjawab tuduhan tersebut sekaligus menafikannya.

Bukan itu sahaja, siasatan ke atas Shuhada oleh pihak polis juga telah selesai dan mendapati dirinya tidak bersalah.

Malah, Shuhada pula mempersoal kenyataan Hafidz yang memintanya untuk menjaga kandungan dan dia akan bertanggungjawab.

Shuhada turut mendedahkan bahawa Hafidz tidak memberi nafkah kepada dua orang anaknya selain tidak mengambil berat tentang kandungannya itu.

Oleh itu, Shuhada meminta kepada Hafidz untuk tidak ‘play victim’ atas perbuatannya sendiri.

Atiqah Johari