Hiburan By: Maya Basir January 31, 2024 @ 3:08pm

“Biarlah Kami Bertiga Sahaja Yang Melalui” – Shakilla Khoriri Minta Netizen Berhenti Serang Fizi Ali

Pelakon Shakilla Khoriri memohon kepada netizen untuk berhenti menyerang bekas suaminya iaitu Fizi Ali dengan kata-kata yang tidak baik.

Menerusi hantarannya di Instastory, Shakilla meminta untuk menghormati mereka yang sedang berusaha menyelesaikan isu tersebut.

“Saya faham kadang-kadang emosi tu tidak menentu dengan apa yang berlaku sekarang ni tetapi saya minta kalian untuk tidak berkata yang tidak baik.

“Tidak menulis yang bukan-bukan kepada sesiapa especially kepada Daddy Ameena Sofia (Fizi Ali).

“Saya minta maaf terpaksa cakap perkara ini tapi sila hormat apa yang sedang berlaku dan saya minta untuk tak besarkan isu ni kerana biarlah kami bertiga sahaja yang melalui,” ujarnya.

Katanya lagi, dia tidak mahu anak perempuannya, Ameena Sofia membesar dengan mengetahui perkara yang tidak baik tentang kedua ibu bapanya.

“Saya tak nak Ameena membesar dengan perkara yang tidak baik tentang saya atau Daddy dia.

“So saya minta jasa kalian semua untuk please stop tulis apa-apa. Tulis yang baik-baik dan doa yang baik-baik,” jelasnya.

Pada 22 Januari lalu, Shakilla dan Fizi hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi proses sulh hak penjagaan anak mereka namun gagal mencapai kata sepakat.

Untuk rekod, Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Januari 2018 namun telah bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun.

Kemudian, Fizi mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Jul 2019
Featured Wed, 17 Nov 2021

Bina Semula Simpanan, Ahli KWSP Perlu Kerja Tambahan Sehingga 6 Tahun?

Ramai Bumiputera yang terkesan ketika PKP dilaksanakan

Featured Sun, 29 May 2022
Featured Wed, 7 Sep 2022

Didakwa Eksploitasi Gangguan Seksual Puteri Balqis, Ini Respons YouTuber Bros Gang TV – “Kami Tak Paksa, Bukan Views Yang Dikejar”

YouTuber Bros Gang TV nafi sengaja eskploitasi pendedahan ‘berani mati’ Puteri Balqis

Hiburan Wed, 9 Oct 2019

Kenapa Panggil Aku Lembu, Dugong?

Pernah Jadi Mangsa Buli, Kesal Dulu Tak Pertahankan Diri

Featured Mon, 9 Jan 2023
Hiburan Thu, 14 Dec 2023