Bilal Bakal Masuk Prasekolah Minggu Depan, Neelofa Kecewa Tak Dibenarkan Akses CCTV Sekolah

Pengacara dan usahawan, Neelofa memberitahu anak sulungnya, Muhammad Bilal, 2, bakal memasuki prasekolah pada minggu hadapan.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia memuat naik tajuk berita bahawa ibu bapa boleh membuat permintaan untuk akses kamera litar tertutup (CCTV) di prasekolah.

Malah, dia mengatakan rakannya juga dapat mengawasi anaknya di sekolah melalui CCTV pada setiap masa.

Namun, dia sedikit kesal kerana sekolah yang Bilal akan pergi tersebut tidak membenarkan akses kamera litar tertutup (CCTV) untuk ibu bapa.

“Next week, Bilal will start his preschool, and I asked if parents can access the CCTV at the preschool since my friend shared that in her child’s school, parents can access the CCTV anytime.

“Unfortunately, the place I plan to send him to does not allow it,” katanya.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Bilal, 2, dan Abdullah Abbas yang baru berusia 2 bulan.

Maya Basir