Buat Rawatan Tegang Kulit, Peminat Minta Fathia Latiff Berhenti Cucuk Muka

Pelakon Fathia Latiff sekali lagi mencuri perhatian netizen dengan perubahan yang dilakukan ke wajahnya.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Fathia membuat rawatan muka di klinik estetik untuk menegangkan kulit serta melambatkan penuaan di wajah.

Di dalam video tersebut, wajahnya terdapat kesan-kesan darah hasil daripada rawatan cucukan yang menggunakan jarum.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meminta dirinya agar berhenti berbuat demikian kerana menganggap dirinya seakan tidak bersyukur dengan kurniaan yang Tuhan berikan.

“Fatiya, stop la cucuk-cucuk..kesannya nanti selepas kita tua akan jadi tak natural look. Fatiya dah cantik. Tak perlu cucuk-cucuk lagi.

“Sekali dah buat, you tak akan cukup percaya lah. So jangan over buat nanti lain jadinya.

“Bersyukur dengan kurniaan Allah. Dah cantik wajah tu..apa lagi nak di cucuk-cucuk,” komen netizen.

Maya Basir