Hiburan By: SGMS Faida March 29, 2019 @ 12:20pm

‘Bukan Nak ‘Berkira’ Tapi…’- Safura ‘Haramkan’ Gajet Untuk Anak-Anak

Penyanyi dan pelakon Safura mendedahkan dia tidak mengizinkan anak-anaknya memiliki sebarang gajet selagi mereka di bangku sekolah.

Penyanyi terkenal dengan lagu Sedalam Mana Cintamu ini ketika ditemui XTRA memberitahu bukan niatnya untuk ‘berkira’ dengan anak-anak cuma dia mempunyai alasan kukuh berbuat demikian.

“ Kalau kita tengok zaman mak-mak kita dulu malah zaman saya sendiri dulu membesar, tiada istilah guna gajet setiap masa. Zaman kanak-kanak tidak semestinya tak seronok tanpa bantuan gajet.

“ Saya dan suami agak tegas dalam hal ini. Ini kerana saya sedar dulu saya kurang menyerlah dalam akademik ketika di sekolah jadi saya tak mahu anak-anak saya ikut serupa. Atas sebab itu saya sentiasa memantau aktiviti anak-anak,” katanya.

Mengaku dirinya seorang ibu yang tegas, pelakon Asalkan Dia Bahagia ini mahukan anak-anaknya fokus dalam pelajaran buat masa ini.

“ Saya sendiri tidak pernah muatnaik sebarang permainan video di telefon. Cuma bila kami keluar atau lakukan aktiviti bersama, ada waktunya saya akan kongsi di Instagram.

“ Mungkin orang ramai lihat saya mengamalkan cara lama mendidik anak-anak kerana saya percaya setiap individu memiliki cara berbeza.

“ Apa yang saya boleh cakap, bila waktu buat kerja sekolah di rumah televisyen pun mesti ditutup apatah lagi nak ada gajet, memang ‘No-No’,”akhirinya.

Safura mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan bersama pelakon Shahronizam Noor iaitu Yusoff Firdaus, Zara Nur Aisyah dan Ariana Sofia.

Hasil perkahwinan sebelum ini, Safura dikurniakan dua anak, Nurul Natasha, dan Muhammad Daniel Khaqim.

Wartawan: SGMS Nanie

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 16 Jun 2023
Hiburan Wed, 19 Dec 2018

Wow! Siti Nurhaliza Masuk Kelas Vokal Demi Konsert Jelajah

Katanya, konsert berskala besar ini tidak hanya fokus kepada dirinya sahaja tetapi…

Hiburan Thu, 9 Nov 2023
Events Tue, 24 Sep 2019

Azlan The Typewriter, BoboiBoy and Many Others ‘Lights Up!’ Cyberjaya Multimedia Fest 2019

CMF 2019 celebrates the best of local creative industries under one roof!

Featured Mon, 19 Sep 2022