“Cari Saya Di Padang Mahsyar!” – Sissy Imann

Tidak berpuas hati dengan tindakan melampau seorang individu yang menggunakan ID Chainsmoker Hailey apabila individu itu meninggalkan komen berbaur negatif terhadap ibu kesayangannya , penyanyi Sissy Imann telah bertindak untuk mendedahkan perkara itu di akaun Instagram miliknya.  

Sissy tidak mahu lagi berdiam diri kerana menurutnya semakin dia diam, semakin individu itu menjadi-jadi dan walaupun memaafkan itu sesuatu yang mulia, tetapi penyanyi yang popular melalui lagu Mungkin Kamu itu berkata tindakan individu itu menghina ibunya tidak boleh dimaafkan sama sekali. 

“Assalamualaikum Chainsmoker Hailey, berdosa dengan Allah, bertaubat pohon doa.  Insya-Allah terampun.  Berdosa dengan manusia, selagi manusia itu tak ampunkan, dibawa sampai hari kiamat.

“Awak nak kutuk saya boleh. Tapi awak nak kutuk mak saya…Itu mak saya, syurga saya. Dan saya tak apa awak cakap itu tak betul sama sekali.

“Sesuka hati awak, awak cakap benda yang awak sendiri tak pasti.  Awak hina. Awak tuduh. Awak sepertinya sungguh Maha Tahu.

“Hati saya dah terguris kerana awak sesuka hati menghina saya dan mak saya. Saya tak akan maafkan awak sampai awak masuk ke liang lahad sehinggalah kita dibangkitkan satu hari nanti. 

“Cari saya di padang Mahsyar dihari perhitungan nanti. Asssalamualaikum,” tulis Sissy. 

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Sissy meminta penyanyi itu bersabar dan turut meluahkan rasa geram terhadap tindakan biadap individu tersebut yang dikatakan sebenarnya seorang guru di Melaka yang merupakan pelajar ‘senior’ kepada Sissy dahulu. 

Individu tersebut dikatakan telah meninggal komen menghina dan mengutuk Sissy dan ibunya di video muzik lagu terbaru penyanyi tersebut berjudul Sudahlah (Meow) di saluran YouTube Faithful Music. 

Kredit Foto: Instagram @sissyimann

Del14