Hiburan By: Maya Basir October 5, 2023 @ 2:42pm

Cita-Cita Nak Jadi Atlet, Alif Satar Pernah ‘Berguru’ Dengan Bekas Pemain Bola Sepak Manchester United – “Aku Antara 70 Budak Yang Terpilih…”

Penyanyi dan pengacara, Alif Satar memberitahu pernah terpilih untuk berlatih bola sepak di kelab Manchester United sekitar tahun 2000 hingga 2001.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Alif mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang atlet sewaktu kecil dahulu.

Malah, ibu bapanya sentiasa memberi sokongan dengan menghantar dirinya berlatih bola sepak pada setiap hujung minggu sehingga terpilih untuk mengikuti latihan di Manchester United.

“Kalau saya cakap saya training dengan Manchester United ada orang tak percaya. Throwback circa tahun 2000 hingga 2001.

“Masa kecil-kecil, memang ada cita-cita nak jadi sportsman, taekwondo lah, silat, swimming, merentas desa, apa benda semua aku masuk. Tapi when it comes to football, special sikit. I was kinda good at it. It could run non stop and passing aku bawah sikit je dari David Beckham.

“Mama dan ayah tiap-tiap hujung minggu hantar masuk football training, masa tu nama dia Kelab Bola Sri Rampai.

“Masa tu under 12 tahun punya selection, best of the best kat Malaysia terpilih untuk training dengan Manchester United. Aku antara 70 lebih budak yang selected time tu. Power en?

Tambah Alif, dia turut berkongsi berpeluang berlatih di bawah bekas pemain pertahanan Manchester United, Wes Brown dan bekas pemain tengah pasukan bola sepak itu iaitu Paul Scholes.

“Antara moment yang best, aku dapat belajar heading dengan Wes Brown and ‘shoot’ bola dengan Scholesy.. epic.

“Cuma time tu takda la camera phone nak tangkap gambar macam sekarang. Ini jelah buat kenangan (sijil penyertaan),” kongsinya.

Selain dikenali dalam dunia hiburan, Alif juga aktif dalam bidang sukan fizikal.

Alif juga pernah terlibat dalam Ironman yang diadakan di Langkawi dan digelar ‘Ironman’ oleh peminat dan juga rakan artis.

Terdahulu, Alif mengakui, Ironman Langkawi 2019 merupakan cabaran besar terutama apabila terpaksa berbasikal sejauh 180 kilometer.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Jul 2018

Terperangkap Dalam Gua, 12 Pemain Bola Sepak Thailand Ditemui Selamat

Alhamdulillah…semuanya selamat. Misi kini bertumpu kepada usaha membawa keluar kesemua mangsa dengan selamat. Semoga segalanya lancar!

Trending Mon, 26 Oct 2020
Hiburan Tue, 9 Apr 2019
Hiburan Wed, 29 Aug 2018

Rakan Dedah Perubahan ‘Pelik’ Mel B Selepas Cerai

engambilan arak untuk melupakan masalah mungkin difikirkan mampu melupakan masalah, tetapi Mel B perlu tahu rakan-rakannya cukup risau dengan keadaan wanita itu.

Hiburan Sat, 28 Jul 2018

Xiaomi Hilang Status Sebagai Jenama Telefon Pintar Paling Popular Di India Kepada Samsung

Xiaomi sebelum ini menjadi peranti paling popular di India sejak enam bulan yang lalu, dan sebahagian besar dari tempoh itu mereka diekori rapat oleh Samsung di tempat kedua. Namun, perkara itu nampaknya telah berubah apabila Samsung dilaporkan […]

Trending Wed, 21 Oct 2020

Hanya 10 Peratus Pekerja Dibenarkan Bertugas

Bukan semua kena work from home okay!

Cahaya Mata Thu, 23 Feb 2023