Hiburan By: Khairil Khusyairi October 16, 2023 @ 4:15pm

Dah Maafkan, Bekas Isteri Chot Raja Lawak Akui Kini Lebih Tenang – “Buat Apa Nak Sengketa, Paling Utama Adalah Anak”

Bekas isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Chot Raja Lawak iaitu Siti Zafirul Azzah mengakui kini tenang selepas berdepan episod perpisahan.

Menurut laporan Harian Metro, Azzah atau lebih mesra disapa Jaja itu turut memaklumkan hubungan dengan Chot atau nama sebenarnya Hazmeer Hassan, kini dalam keadaan baik.

“Bila kita dah memaafkan orang, perasaan kita akan menjadi lebih tenang dan kehidupan juga Allah permudahkan.

“Hubungan dengan bekas suami, setakat ini okay sahaja. Bagi saya, untuk apa kita nak terus bertelingkah dan bersengketa sebab yang paling utama adalah, anak. Kalau berterusan bersengketa, sampai bila baru kita nak berbaik.

“Jadi, bila kita dah berbaik, saya rasa lebih tenang berbanding sebelum ini. Saya dah maafkan dia juga dan itu membuatkan perasaan saya lebih tenang.

“Sekarang, bila dah teruskan kehidupan dengan tenang, saya tak rasa ada beban lagi di bahu saya dan kalau nak buat apa-apa pun, semuanya lebih tenang dan mudah,” katanya.

Dalam pada itu, Jaja dan Chot membahagikan sama rata hak penjagaan anak mereka, Ahmed Sher Hayyaz.

“Hak penjagaan anak kami okay sahaja dan masa dibahagikan sama rata. Sebulan, anak bersama saya dan sebulan, anak akan bersama bekas suami,” ujarnya.

Tambah Jaja, dia menganggap apa yang terjadi dala kehidupannya sedikit sebanyak mengajarnya untuk menjadi insan yang baik.

“Apa yang berlaku sebelum ini dalam kehidupan dan rumah tangga saya, saya anggap sebagai satu titik yang mengajar saya menjadi manusia lebih baik.

“Kalau ada jodoh dengan orang lain di masa akan datang, saya akan cuba jadi yang terbaik. Semua orang nak jadi yang terbaik, kan?

“Kalau Allah nak uji, bila-bila pun Dia boleh uji. Tapi, kita sebagai hamba-Nya, cuba jadi yang lebih baik. Insya-Allah.

“Kepada mereka di luar sana, apa pun yang berlaku kepada kita, kita kena kuat. Tak kiralah sama ada anda ada anak atau tidak, kita kena kuat.

“Allah Maha Baik dan kita kena percaya kepada-Nya sebab dia akan berikan sesuatu yang lebih baik,” katanya.

Untuk info, Jaja dan Chot mendirikan rumah tangga pada Julai 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Sher Hayyaz.

Namun, bercerai pada Mac 2022 selepas Jaja memfailkan perceraian.

Kemudian, Chot juga telah mendirikan rumah tangga dengan Zurina Badron yang merupakan kakak kepada penyanyi Syura Badron awal Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami Memang Tak Bahagia Pun!” – Chot Akhirnya Buka Mulut, Mengaku Berkenalan Dengan Wanita Lain Sebelum Cerai

ARTIKEL BERKAITAN: “Kekal Hubungan Sebagai Menantu” – Kongsi Foto Beraya Bersama Keluarga Chot Raja Lawak, Bekas Isteri Luah Rasa Gembira

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 12 Oct 2023
Selebriti Tue, 12 Mar 2024
Trending Wed, 12 Jun 2019

Hati- Hati Guys, Samseng ‘Abang Botak’ Kini Bebas!

Abang Botak yang pecahkan cermin kereta orang tu dah keluar penjara, hati-hati guys..

Hiburan Tue, 30 Apr 2019