Dalam Proses Kenal Hati Budi Seseorang, Zara Zya Mengaku Sedang Bahagia

Pelakon Zara Zya atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 37, mengaku sedang bahagia dengan seseorang.

Namun, pelakon drama Risik Pada Hati itu enggan berkongsi dengan lebih lanjut mengenai perkara terbabit.

“Adalah, Insya-Allah, tapi kalau ada tarikhnya, kita akan beritahu. Insya-Allah,” katanya menerusi temu bual bersama Melodi TV3.

Masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing, Zara yang popular menerusi drama rantaian Love You Mr Arrogant ini mengesahkan jejaka yang sedang rapat dengan dirinya berstatus bujang.

“Orang dalam industri atau bukan? No comment. Ini bahaya dan pastinya dia bukan milik orang,” ujarnya.

Terdahulu, Zara mengaku dia melakukan rawatan wajah untuk menjaga penampilan sebagai seorang selebriti.

ARTIKEL BERKAITAN:Zara Zya Mengaku ‘Cucuk’ Muka & Bibir Bersebab…

ARTIKEL BERKAITAN: Penampilan Niezam Zaidi Buat Peminat Cair Tapi Foto Bersama Zara Zya Pula Jadi Tumpuan – “Macam Sepadan Pulak”

ARTIKEL BERKAITAN:Berjalan Di Mall Tak Pakai Kasut, Zara Zya Tetap Dipuji Cantik Oleh Warganet

ARTIKEL BERKAITAN:Muka Serious Tapi Lawak, Gelagat Zara Zya Buat ‘Pickup Line’ Undang Tawa – “Tak Pasal-Pasal Blushing”

Salma Syahbuddin