Categories: HiburanSelebriti

‘Dia Datang Malam Ni’- Syamel Excited Tunggu Kedatangan Siapa Tu?

Umum tahu salah seorang finalis Anugerah Juara Lagu ke 33x Syamel berkawan rapat dengan penyanyi Ernie Zakri.

Jika di AJL 32, pasangan teman tapi mesra ini berganding sama menerusi lagu Aku Cinta, nampaknya Syamel hanya bersendiri di pentas AJL tahun ini.

Syamel ketika ditemui di raptai penuh AJL 33 malam tadi memaklumkan biarpun tidak ditemani Ernie di pentas tahun ini, penyanyi Ku Bersuara itu akan datang memberi sokongan di stadium.

“ Dia datang, Insya Allah,” katanya ringkas.

Syamel turut memohon agar peminat mendoakan diberi kesihatan yang baik untuk persembahan malam ini.

Jangan lupa saksikan AJL 33 pada malam ini bermula jam 9 malam di TV3 yang dibawa secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil.

SGMS Faida