“Diam Itu Lebih Elok Kalau Tak Ada Benda Baik Nak Cakap” – Ira Kazar Kongsi Peringatan Untuk ‘Muhasabah Diri’

Baru-baru ini, anak pelakon senior Kazar Saisi, Ira Kazar memuat naik sebuah hantaran di Instagram Stories (IGS) yang membawa kepada peringatan kepada dirinya.

Menerusi hantaran tersebut, Ira dilihat berkongsi kata nasihat dan muhasabah diri untuk berdiam diri daripada bercakap perkara yang negatif.

“Diam itu lebih baik jika tidak ada ‘perkara baik’ untuk diperkatakan.

“Berhati-hatilah dengan dosa lisan mahupun tulisanmu. Muhasabah,” kongsinya.

Malah, kata nasihat yang dikongsi itu juga dituju untuk dirinya dengan meletakkan kapsyen #Self Reminder.

Umum mengetahui, Ira Kazar telah didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Susulan itu, Ira Kazar telah difailkan saman kerana menganggu rumah tangga pasangan tersebut dan telah ditahan oleh Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bagi membantu siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan: “Kita Tunggu Proses Seterusnya” – Puteri Sarah Lega Ira Kazar Dipanggil JAWI

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Perkara Ini Tak Sepatutnya Berlaku” – Ahli Keluarga Ira Kaza Akan Dikena Tindakan Mahkamah Gara-Gara Langgar Perintah Injuksi Puteri Sarah

Artikel Berkaitan: “Ia Bukanlah Masalah Besar Sangat” – Kazar Mahu Kontroversi Babitkan Anaknya Diselesaikan, Mohon Netizen Bercakap Yang Baik

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Disuruh Berdamai, Individu Dedah Sikap Kazar – “Kesian Dengan Kehidupan Bekas Menantu Dia…”

Atiqah Johari