Categories: HiburanSelebriti

Dikecam Penampilan Tak Sesuai Dengan Imej Berpurdah, Neelofa Sudah Dapat ‘Green Light’ Suami – “Dia Kata Okay, Saya Keluar”

Pengacara dan usahawan, Neelofa memberitahu sentiasa meminta keizinan suaminya, Haris Ismail atau PU Riz soal penampilannya apabila keluar rumah.

Menurut Neelofa, dia akan menukar pakaian sekiranya suami menegur tidak bersesuaian.

“Setiap kali keluar rumah, saya akan dapat ‘green light’ daripada suami. Kalau ada yang dia tegur macam ‘singkat di belakang ini’, jadi saya akan tukar. Kalau suami kata okay, saya keluarlah.

“Selagi tak nampak susuk tubuh, bentuk peha, betis dan tudung dilabuhkan, semuanya okay,” katanya semasa ditemui di majlis Disney X Naelofar, di IOI City Mall, Putrajaya, semalam.

Baru-baru ini, netizen ada mengecam penampilannya di TikTok yang dikatakan tidak sesuai dengan imejnya yang berpurdah.

Neelofa berkata, dia tidak dapat mengawal kecaman netizen dan akui masih banyak perkara yang perlu dipelajari dan menambahbaik dirinya.

“Kalau tutup mata pun, orang tetap akan kecam. Tudung kena dilabuhkan, tutup bahu dan macam-macam lagi.

“Saya cuba yang terbaik untuk jadi lebih baik, kalau orang nampak kekurangan dan kesilapan dan tegur dengan baik, Alhamdulillah.

“Saya pun banyak benda nak belajar lagi. Saya ada pasangan yang sentiasa bantu saya,” ujarnya.

Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

Maya Basir