Dituduh Buat Pembedahan Plastik, Ini Jawapan Sherry Ibrahim

Pelakon Sherry Ibrahim menafikan dirinya menjalani pembedahan plastik pada wajah bagi memastikan dirinya sentiasa kelihatan cantik.

Tegas pelakon Teduhan Kasih ini di laman Instagramnya, membuat sebarang perubahan pada wajah terutama melibatkan pembedahan plastik adalah haram dan ditegah dalam Islam.  

“ Assalamualaikum…Jawapan untuk segala pertanyaan dan komen saya terima sebelum ini adalah TIDAK.

“ Saya tak buat apa-apa pembedahan wajah atau suntik di mana-mana bahagian wajah. Saya tahu BERDOSA kalau dengan sengaja buat perubahan yang Allah dah jadi kan, malah gigi saya juga adalah semulajadi,” tulisnya.

Ujar pelakon berusia 35 tahun ini, dia bersyukur dengan pemberian Allah kepadanya.

“ Campuran papa dan mama saya. Diharapkan kenyataan ini adalah jelas,” katanya.

SGMS Faida