Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 22, 2023 @ 2:49pm

Dituduh Curang Dengan Suami Orang, Puteri Sarah Dapat Sokongan Padu Ibu Mentua – “Kita Ada Bukti! Semua Ni Hasutan Orang Ketiga”

Tampil mempersoalkan tindakan suaminya yang juga pengarah tersohor, Syamsul Yusof kerana memfailkan nusyuz setelah hampir empat tahun bermasalah, aktres Puteri Sarah Liyana yakin dan percaya dia berada di pihak yang benar.

Meskipun isu lain timbul mengatakan dia berlaku curang dengan bekas kekasih yang juga suami orang, Sarah bagaimanapun tetap bersyukur kerana dia mendapat sokongan padu ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail yang sanggup menjadi pencelah terhadap kes ini.
“Saya bersyukur kerana ibu mentua sentiasa berada di belakang saya dan dia sedia untuk menjadi saksi dan pencelah terhadap kes membabitkan saya dengan isteri kedua Syamsul dan ahli keluarganya yang sedang berjalan di mahkamah sekarang,” katanya.
Malah, menerusi pemerhatian XTRA, ibu Syamsul secara terang-terangan memberikan sokongan terhadap menantunya itu menerusi komen balas yang ditinggalkan di ruangan Instagram portal hiburan terkenal pada Selasa.
Bahkan, Patimah meminta Puteri Sarah terus kuat menegakkan kebenaran untuk menyangkal segala dakwaan dan tuduhan yang dibuat anak sulungnya itu.
“Ayuh Puteri Sarah! Kita ada bukti. Ini semua hasutan pihak ketiga. Allah sentiasa bersama orang-orang teraniaya,” tulisnya.

Pada Selasa, Puteri Sarah ada menegaskan,  dia tidak takut dan hanya ingin mengingatkan kepada umum bahawa Syamsul dan isteri keduanya itu sedang dalam siasatan di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah di bawah seksyen 23 iaitu persetubuhan luar nikah.

“Apa yang dia mahukan lagi? Kenapa baru sekarang nak failkan nusyuz sedangkan masalah ini sudah berlaku sejak empat tahun lalu.

“Saya yakin saya di pihak yang benar. Cuma saya ingin ingatkan yang mereka sekarang ini sedang dalam siasatan di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah di bawah seksyen 23 iaitu persetubuhan luar nikah.

“Malah, Ira juga  sudah dipanggil untuk beri keterangan dan saya sedang menunggu tindakan lanjut dari mahkamah,” jelasnya.

Sumber:  Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 8 Apr 2018

Comel! Maternity Photoshoot Anas Ridzuan Curi Perhatian Netizen

Apa yang menarik perhatian, photoshoot ini berlainan dengan Maternity photoshoot yang pernah kita lihat sebelum ini. Kalau nak tahu, jom kita sama-sama tengok Maternity Photoshoot Anas dan Ana Syuhada!

Hiburan Wed, 12 Jul 2023

Mat Tudung Begins, Filem Pertama Arahan Fizz Fairuz

Mesti kelakar terbahak bahak ni

Trending Thu, 11 Feb 2021
Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Disindir Makin Seksi, Mira Filzah ‘Sekolahkan’ Wanita Ini Balik!

Siapa yang tak bengang kalau tegur macam tu?

Hiburan Thu, 14 Mar 2019

“Saya Tak Pernah Pilih Watak”- Syafiq Kyle

Kalau sudah jadi pelakon popular pastinya pelakon tu akan memilih jenis watak ataupun projek lakonan kan? Tetapi berbeza pula dengan teraju utama drama bersiri Nur yang popular dengan watak ustaz Adam iaitu Syafiq Kyle.

Hiburan Tue, 16 Apr 2019

张敬轩427登云顶开唱!冧歌「轩」动人心

时隔三年,张敬轩4月27日再登云顶开唱,让大马乐迷感受「轩式」情歌的魔力!

Trending Sat, 31 Mar 2018

Amal Leman Baton Selama 4 Hari, Hilangkan Batuk & Selesema Bayi

Lemon baton insyallah dapat membantu bayi yang sedang selesema dan batuk. Ingat amalkan 4 hari insyallah.

Featured Tue, 29 Oct 2019
error: Content is protected !!