Categories: Hiburan

Dolla Kembali Dengan Damelo

Baru sahaja memenangi Anugerah Kumpulan / Duo/ Kolaborasi Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) yang ke-35, kumpulan nyanyian wanita popular DOLLA sudah bersedia untuk projek yang baharu.

Anugerah Bintang Popular merupakan salah satu anugerah industri hiburan Malaysia yang paling lama sejarahnya. la mengiktiraf tahap populariti seseorang atau sesebuah kumpulan berdasarkan pilihan peminat. Ini sekaligus membuktikan tahap populariti DOLLA yang memang diakui oleh para peminat. Dengan itu mereka kembali dengan karya terbaharu berjudul DAMELO.

Ditulis dalam Bahasa Sepanyol pada asalnya, lagu ini kemudian diolah ke dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris oleh penyanyi rap wanita Sya dan diterbitkan oleh bintang hiphop tersohor, SonaOne.

“Walaupun lagu ini ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris, kami masih kekalkan beberapa bahagian dalam Bahasa Sepanyol sebagai penghormatan kepada penulis asal karya ini. Kami juga terpaksa belajar sedikit sebutan Bahasa Sepanyol daripada SonaOne dan adiknya untuk memastikan lagu ini disampaikan dengan betul. Selain itu kami juga suka bereksperimentasi dengan perkara baharu, malah kami juga mempunyai peminat dari Amerika Latin sekarang. Jadi masanya memang sesuai,” ujar kumpulan DOLLA tentang projek baharu ini.

“Kami sangat gembira dengan keluaran terbaharu ini! la satu kebanggan buat semua. Sebagai label yang mengembangkan sebuah kumpulan A-pop wanita, memenuhi piawaian serantau dan dunia memerlukan usaha yang banyak dari ekosistem keseluruhan termasuk dedikasi dari DOLLA dan pasukan Universal Music sendiri. Hasil kerja ini terserlah dalam muzik, kerjasama jenama serta pengumuman konsert yang akan diumumkan tak lama lagi,”ujar Kim Lim, Pengarah Urusan, Universal Music Malaysia.

Lagu yang mempunyai judul dalam Bahasa Sepanyol in mempunyai banyak makna buat empat gadis berbakat int.

“Video muzik buat DAMELO merupakan satu langkah besar buat kami. la menampilkan sisi lain kami yang lebih matang. la menampilkan banyak unsur seperti padang pasir dan air dengan beberapa babak tarian juga. Kami mahukan sesuatu yang baharu dan luar biasa jadi kami cuba selitkan beberapa kejutan dalam video ini. Kami berikan sepenuh kepercayaan kepada Pyqul dan Tessera Productions untuk menghasilkan watak penjahat Sepanyol yang mereka berikan dengan baik. Pasukan itu muda, segar dan berjaya hasilkan video yang sangat hebat dan sesuai dengan lagu. Kami sangat gembira dengan video ini dan berharap semua orang akan menyukainya juga, jelas DOLLA tentang video muzik ini.

DOLLA berharap DAMELO akan membenarkan mereka mendekati lebih banyak pendengar serta peminat antarabangsa.

“Kami tak pernah mencuba genre ini sepenuhnya dan berharap karya ini akan mencapai pasaran baharu. la juga lagu yang bagus untuk dinikmati di festival EDF. Harap semua akan menyukainya seperti kami,” ujar mereka menutup bicara.

DAMELO sudah berada di semua platform digital bermula 28 Julai manakala video muziknya boleh ditonton di saluran YouTube rasmi DOLLA VEVO dari 4 Ogos.

Malah video muzik lirik lagu ini juga sudah memasuki carta ‘Trending’ laman YouTube Music dan berada di tangga yang ke-10.Baru sahaja memenangi Anugerah Kumpulan / Duo/ Kolaborasi Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) yang ke-35, kumpulan nyanyian wanita popular DOLLA sudah bersedia untuk projek yang baharu.

Anugerah Bintang Popular merupakan salah satu anugerah industri hiburan Malaysia yang paling lama sejarahnya. la mengiktiraf tahap populariti seseorang atau sesebuah kumpulan berdasarkan pilihan peminat. Ini sekaligus membuktikan tahap populariti DOLLA yang memang diakui oleh para peminat. Dengan itu mereka kembali dengan karya terbaharu berjudul DAMELO.

Ditulis dalam Bahasa Sepanyol pada asalnya, lagu ini kemudian diolah ke dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris oleh penyanyi rap wanita Sya dan diterbitkan oleh bintang hiphop tersohor, SonaOne.

“Walaupun lagu ini ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris, kami masih kekalkan beberapa bahagian dalam Bahasa Sepanyol sebagai penghormatan kepada penulis asal karya ini. Kami juga terpaksa belajar sedikit sebutan Bahasa Sepanyol daripada SonaOne dan adiknya untuk memastikan lagu ini disampaikan dengan betul. Selain itu kami juga suka bereksperimentasi dengan perkara baharu, malah kami juga mempunyai peminat dari Amerika Latin sekarang. Jadi masanya memang sesuai,” ujar kumpulan DOLLA tentang projek baharu ini.

“Kami sangat gembira dengan keluaran terbaharu ini! la satu kebanggan buat semua. Sebagai label yang mengembangkan sebuah kumpulan A-pop wanita, memenuhi piawaian serantau dan dunia memerlukan usaha yang banyak dari ekosistem keseluruhan termasuk dedikasi dari DOLLA dan pasukan Universal Music sendiri. Hasil kerja ini terserlah dalam muzik, kerjasama jenama serta pengumuman konsert yang akan diumumkan tak lama lagi,”ujar Kim Lim, Pengarah Urusan, Universal Music Malaysia.

Lagu yang mempunyai judul dalam Bahasa Sepanyol in mempunyai banyak makna buat empat gadis berbakat int.

“Video muzik buat DAMELO merupakan satu langkah besar buat kami. la menampilkan sisi lain kami yang lebih matang. la menampilkan banyak unsur seperti padang pasir dan air dengan beberapa babak tarian juga. Kami mahukan sesuatu yang baharu dan luar biasa jadi kami cuba selitkan beberapa kejutan dalam video ini. Kami berikan sepenuh kepercayaan kepada Pyqul dan Tessera Productions untuk menghasilkan watak penjahat Sepanyol yang mereka berikan dengan baik. Pasukan itu muda, segar dan berjaya hasilkan video yang sangat hebat dan sesuai dengan lagu. Kami sangat gembira dengan video ini dan berharap semua orang akan menyukainya juga, jelas DOLLA tentang video muzik ini.

DOLLA berharap DAMELO akan membenarkan mereka mendekati lebih banyak pendengar serta peminat antarabangsa.

“Kami tak pernah mencuba genre ini sepenuhnya dan berharap karya ini akan mencapai pasaran baharu. la juga lagu yang bagus untuk dinikmati di festival EDF. Harap semua akan menyukainya seperti kami,” ujar mereka menutup bicara.

DAMELO sudah berada di semua platform digital bermula 28 Julai manakala video muziknya boleh ditonton di saluran YouTube rasmi DOLLA VEVO dari 4 Ogos.

Malah video muzik lirik lagu ini juga sudah memasuki carta ‘Trending’ laman YouTube Music dan berada di tangga yang ke-10.

Afiq Kandi