Ibu Shila Amzah Titip Pesan Kepada Ubai Sebelum Nikah Esok – “Banyakkan Berbincang, Jangan Lari-Lari Okay”

Ibu kepada penyanyi Shila Amzah memberi pesanan kepada bakal menantunya yang juga pempengaruh, Ubai MZ sebelum bernikah dengan anak gadisnya, esok.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Datin Fauziah Sarman atau lebih mesra disapa Mamazie memuat naik foto bersama Ubai ketika majlis pertunangan tempoh hari.

Kata Fauziah, kehidupan berumah tangga tidak seperti kehidupan bujang dan banyakkan bertenang dan jangan ‘lepas tangan’ dalam sesuatu perkara.

“Hidup berumah tangga tidak sama semasa bujang, apa-apa perlu berkongsi segala-galanya.

“Ranjau, onak dan duri perlu diharungi bersama.

“Banyakkan bersabar dan bertenang dalam membuat keputusan, jangan mudah berkeras dengan pendapat sendiri, banyakkan berbincang jangan lari-lari okey. Tahu dulu Ubai atlet.

“Mak doakan yang baik-baik untuk anak-anak Mak. Semoga Allah SWT redha dan memberkati kalian berdua didalam kebaikan dan dilimpahkan rezeki. Amin Ya Allah Ya Mujib,” pesan Fauziah.

Untuk info, Shila dan Ubai mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu.

Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah Bakal Bernikah Sabtu Ini, Ibu Sempat Seloroh – “Lepas Anak, Mak Pula”

Khairil Khusyairi