Drama Perempuan Itu Akhirnya Ditayang Di TV3, Peminat Mimi Lana Luah Rasa Teruja

Pelakon Mimi Lana tampil berkongsi drama lakonannya, Perempuan Itu akhirnya bakal ditayangkan di TV3, hari ini.

Berita gembira itu telah dikongsikan oleh Mimi menerusi sebuah hantaran di Instagram, sebentar tadi.

Menurut Mimi, drama lakonannya bersama Zul Ariffin itu akan ditayangkan pada jam 6 petang.

“Yay Khalish is back! Finally #perempuanitu is out on TV3 Malaysia starting from today at 6pm,” tulisnya.

Terdahulu, drama arahan Ain Sharif itu telah meraih sambutan positif dalam kalangan penonton setianya, pada tahun lalu.

Malah, rata-rata penonton setianya berharap agar drama kontroversi itu muncul dengan musim kedua.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengakhiran Yang Menyayat Hati… Penonton Kurang Puas, Minta Erma Fatima Hasilkan Drama Perempuan Itu Musim Ke-2

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat Mimi meluahkan rasa teruja dengan perkongsian tersebut.

Selain Mimi dan Zul, drama tersebut juga turut dibintangi oleh Siti Hariesa, Amar Asyraf, Eman Manan, Erma Fatima, Norish Karman, Aleeza Kasim dan ramai lagi.

Orang ramai boleh kini menonton drama Perempuan Itu setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang, di TV3

Fatin Nurain