Tak Mampu Tanggung Rugi Setiap Bulan, Ustazah Asma’ Harun Tutup Restoran Miliknya – “Kami Terpaksa Pinjam & Jual Barang Kemas”

Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun memaklumkan perniagaan restoran miliknya di Senawang, Negeri Sembilan terpaksa ditutup atas beberapa faktor.

Menerusi perkongsian di TikTok, Asma’ menjelaskan mengapa tindakan tersebut terpaksa dibuat selepas menilai segala aspek sepanjang menguruskan perniagaan restoran tersebut.

Jelas Asma’ perniagaanya itu terpaksa menanggung kerugian hampir RM300,000 selama setahun beroperasi.

“Kami tak mampu menampung kerugian setiap bulan, setiap bulan kami negatif lebih kurang RM30K.

“Tuan-tuan bayangkan, setahun kami bertahan, kerugian kami dianggarkan RM300k lebih.

“Selepas sebulan berniaga, kami tanyalah akauntan ada berapa duit dalam akaun. Dia jawab, ‘Ustazah, ada RM2k’. Nak bayar gaji pekerja 30k. Nak bayar sewa,” jelasnya ketika sesi siaran langsung.

Tambah Asma’, pihaknya terpaksa terpaksa meminjam, mengeluarkan wang simpanan, serta menjual aset dan barang kemas untuk menampung segala kerugian.

“Kami meminjam, keluarkan apa simpanan yang ada, apa yang ada kita jual, barang kemas kita jual, sampai tahap kami dah tiada apa.

“Jadi bulan ini tiada apa lagi yang kami nak tampung, ini bulan yang terakhir. Nak naikkan harga juga kami tak sanggup, padahal kos operasi untuk restoran yang ada makanan laut sangat tinggi.

“Harga barang sebenarnya sangat mahal sekarang,” jelas Asma’.

Dalam pada itu, Asma’ turut memohon sekiranya ada sesiapa yang berminat ingin mengambil alih perniagaanya itu segera menghubunginya.

“Sebenarnya tempat ini sangat strategik.

“Sayang sangat bila terpaksa kosongkan semuanya. Kepada sesiapa yang nak ambil alih, kita boleh buat rundingan berapa jumlah, sekali perabot dan bahagian dapur,” ujarnya

Asma’ turut mengakui kesuntukan masanya mengendalikan kerja-kerja dakwah menjadikannya hilang fokus dalam perniagaannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Hina Islam & Promosi S*ft P*rn, Ustazah Asma’ Harun Minta Jangan Tengok Filem La Luna 

ARTIKEL BERKAITAN: “Rosaknya Ramadan Kerana Syawal” – Ustazah Asma’ Harun Kecewa Fesyen Raya Tak Ikut Syariat Islam, Netizen Komen: “Lagi-Lagi Trend Jual Baju Sambil Menari”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dikhianati Oleh Orang Yang Dipercayai Memang Menyakitkan” – Ustazah Asma’ Harun

ARTIKEL BERKAITAN: Ustazah Asma’ Harun Mahu Filem Pulau Dibatalkan Tayangan, Terkejut Dengan Respons Pelakon – “Tolong Jangan Ambil Mudah…”

Khairil Khusyairi