Effort A+! 6 Tahun Hubungan Cinta Judika & Isteri Dilarang Orang Tua – “Aku Tak Putus Asa, Perkukuh Karier, Beli Rumah…”

Penyanyi popular Indonesia, Judika berkongsi momen-momen ketika hubungan cinta bersama isteri, Duma Riris Silalahi pernah dihalang oleh orang tua cinta hatinya itu.

Judika yang baru sahaja selesai menghiburkan penonton di Konsert Rockmantic Night Judika & The Gang pada Sabtu lalu menyanyikan lagi Mama Papa Larang.

Katanya, lagu tersebut sangat istimewa dalam kehidupannya kerana mengisahkan kisah sebenar percintaan bersama isterinya yang mendapat tentangan keluarga sebelum berkahwin.

Lagu ini sebenarnya memang lagu curahan hati saya dan isteri rasakan. Waktu itu yang paling kuat, kerana isteri saya hadapi tentangan itu.

“Orang tua saya restu hubungan kami. Tapi orang tua dia tidak beri restu dan setiap hari diserang,” katanya.

Sementara itu, Duma berkata orang tuanya tidak merestui hubungan mereka atas dasar pekerjaan Judika sebagai penyanyi.

“Kami dilarang pada awalnya. Tapi akhirnya, orang tua kami restu.

“Hubungan kami ditentang kerana pekerjaan dia sebagai penyanyi.

“Waktu itu Judika baru selesai sertai Indonesian Idol, 2007 kami ketemu,” ujarnya.

Berkongsi lebih lanjut, pelantun popular lagu Aku Yang Tersakiti sanggup mempertahankan hubungan mereka atas dasar cinta kepada isterinya itu.

Effort Judika A+!

Malah, Judika juga fokus memperkukuhkan kariernya sehingga menyediakan rumah agar orang tua isterinya yakin dia mampu menjaga wanita tersebut.

“Awalnya aku tertanya-tanya kenapa aku dilarang bersama dengannya, apa salahku?

“Aku ini orangnya fighter, yang mempertahankan hubungan aku dan dia adalah cinta.

“Itu yang membuatkan aku terus berjuang dan aku terus berjumpa orang tuanya supaya jelas semua persoalan ku.

“6 tahun orang tuanya enggak mahu ketemu, aku tahu orang-orang Batang ini amat sayang kepada anaknya.

“Apapun, aku buktikan dengan kerja keras aku amat menyayangi, aku perkukuhkan karier aku, beli rumah.. aku lakukan semuanya.

“Aku tahu orang tuanya mahu yang terbaik, makanya sepanjang enam tahun itu kami perbaiki karier masing-masing agar dia dan keluarnya yakin denganku.

“Dilarang macam-macam kami tidak mahu pisah, kami terus aja,” katanya.

Judika berkata demikian ketika ditemui di sidang media usai Konsert Rockmantic Night Judika & The Gang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Sabtu.

Pada malam tersebut Judika membawa lebih 18 buah lagu termasuk Bukan Rayuan Gombal, Aku Yang Tersakiti, Jadi Aku Sebentar Saja, Sampai Akhir dan banyak lagi di hadapan penonton seramai 12,000!

Selain Judika, tiga penyanyi undangan dari Malaysia iaitu Shila Amzah, Haqiem Rusli dan Marsha Milan turut mendapat sorakan penonton sewaktu membuat persembahan.

Artikel Berkaitan: Bawa Lagu Memori Tercipta, Shila Amzah Sebak Ramai ‘Sing-Along’ Hingga Axiata Arena Bergema Di Malam Konsert Rockmantic Night Judika & The Gang!

Aqilah Paharuzi