Ekin Dakwa Kedai Makanan Laut Caj Melampau, KPDN Ambil Tindakan… Rupanya Kedai Ibu Saudara Linda Hashim – “Kenapa Tak Tanya Dulu, Bukan Ambil Video”

Baru-barui ini kecoh isu usahawan selebriti yang juga isteri kepada penyanyi Mawi iaitu Ekin memuat naik hantaran di media sosial dan meluahkan rasa tidak puas hati selepas dicaj RM1,260 di sebuah kedai makanan laut di Johor Bharu.

Menurut Ekin atau nama sebenarnya Nora’ Asikin Rahmat, dia mendakwa premis makanan tersebut tidak meletakkan tanda harga dan menyatakan hanya ikut harga pasaran.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ekin turut berkongsi gambar resit dan jumlah caj yang dikenakan.

Semalam, pemilik kedai makanan turut tampil menjelaskan setiap caj yang dikenakan terhadap Ekin dan menyatakan kira-kira 20 ahli keluarganya mengunjungi kedai.

Tambah pemilik kedai itu, antara menu yang dipesan oleh Ekin dan keluarganya ialah pari bakar, siakap tiga rasa, siakap stim, udang butter, sotong goreng tepung, ketam telur masin, ketam cili dan siput gonggong.

Menurut laporan media, premis makanan tersebut telah diberi notis oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor.

Terbaharu, pelakon Linda Hashim turut tampil bersuara mengenai isu tersebut dengan menyatakan pelanggan boleh bertanya terus kepada peniaga soal harga.

Malah Linda turut berkata pemilik kedai makanan laut tersebut adalah ibu saudaranya.

“Katanya tak nak menjatuhkan perniagaan sesiapa, tapi siap buat live tu.

“Kesian peniaga sekarang, naik harga je kena kecam ..ingatkan artis je selalu kena kecam..

“Next time kalau tak berapa clear dengan harga, boleh je tanya depan-depan. Bukan curi-curi ambil video orang okey…tak baik… kesian Mak Cik I,” tulis Linda.

ARTIKEL BERKAITAN: Mawi & Ekin Bengang Rumah Tangga 15 Tahun Didakwa Goyah – “Seronok Fitnah…Tak Fasal-Fasal Kena Saman”

Khairil Khusyairi