Elfira Selamat Melahirkan Bayi Lelaki!

Baru sahaja diraikan rakan-rakan di dalam majlis ‘baby shower’ beberapa hari lepas, pelakon dan pengacara, Elfira Loy telah selamat melahirkan anak sulung lelakinya hari ini di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Andorra, Seri Kembangan, Selangor.

Baca: Dapat Kejutan, Untungnya Jadi Elfira Loy!

Menurut sumber yang rapat dengan pelakon Tentang Bulan ini, walaupun dijangka akan bersalin pada 9 Oktober, Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Binti Mohd Sabri (25 tahun) dikatakan telah mengalami kontraksi sejak tengah malam lagi, dan digegaskan ke hospital untuk pengawasan. Pada pukul 5.40 petang, Elfira telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3. 68 kg secara normal. 

Apa-apapun tahniah kami ucapkan kepada Elfira dan suami atas kelahiran anak sulung mereka. Ibu dan bayi dikhabarkan dalam keadaan sihat belaka.

Del14