Ye, Ernie Zakri memang dah move on, tapi bukan sebab putus cinta, dah move on sebab lagu beliau berjudul Misteri tidak akan dinyanyikan dalam mana-mana acara dalam tempoh setahun. 

Menurut Ernie, mana-mana pihak yang meminta beliau menyanyikan lagu tersebut terpaksa ditolak. 

“Setahun ini saya berjanji tidak akan menyanyikan lagu Misteri. Saya bersedia untuk membuka lembaran baru dan melangkah kehadapan. Ia sebuah lagu yang saya sayang tetapi rezeki tidak berpihak kepada saya. Dan, bila cakap pasal move on, saya betul-betul dah move on.” Katanya. 

 

Ernie turut menafikan wujudnya unsur dendam dalam kontroversi yang melibatkan bekas syarikat rakamannya itu. 

“Situasi ini tiada unsur dendam, cuma saya tidak mahu pandang ke belakang lagi” Tegasnya.

Terdahulu, Ernie pernah mengeluarkan kenyataan, bahawa beliau sedikit terkilan apabila lagu Misteri gagal ke peringkat separuh akhir muzik-muzik 33 lalu.

Salma Syahbuddin