Faizal Ismail Didakwa Kahwin Dua? Ini Respons Empunya Badan

Pengacara dan penyampai radio, Faizal Ismail menolak dakwaan bahawa dia sudah bernikah.

Katanya, perkara itu adalah tidak benar memandangkan dia suka bergurau dengan rakan terdekat.

“Mungkinlah ada cakap-cakap di belakang sebab saya baik dengan orang-orang tertentu. Tapi, untuk langsungkan secara sah, tidak.

“Saya boleh katakan, tidaklah. Saya ini banyak bercerita, bergurau dengan kawan-kawan. Tapi, secara jujurnya tidak berlaku perkara itu,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Faizal tampil menjelaskan mengenai saksi yang didakwa menyaksikan perkahwinan tersebut.

“Ia mungkin fitnah yang timbul atas beberapa sebab ketika dia bergelar duta untuk satu agensi pakej umrah.

“Saksi itu sebenarnya, saya ada bersama ustaz lain pada ketika itu dan memang ada benda-benda tidak menyenangkan berlaku pada ketika itu, ketika pakej umrah, menyebabkan ada yang menggunakan cara-cara tertentulah.

“Sebabnya, syarikat (agensi) itu sebenarnya memang dalam masalah pada ketika itu. Dalam keadaan itu, saya mengalami tekanan. Pada masa itu, boleh dikatakan saya tidak ada hubungan baik dengan agensi itu.

“Masalah itu tergantung di situ sahaja. Saya tak ada bertemu dengan mereka dan sebagainya,”ulasnya.

Ketika ditanya mengenai reaksi isterinya terhadap dakwaan yang timbul dan bagaimanakah sekiranya dia ditakdirkan untuk berpoligami, Faizal berkata, isterinya merupakan seorang yang tidak  mudah melatah dan sentiasa melihat kepada kemampuan dirinya.

“Kalau hal-hal poligami, dia okay sahaja. Maksudnya, dia tidak menolak sepenuhnya dan saya pun, kalau betul-betul berpoligami atau ada isteri lain, saya terus terang dengan dia dan tak masalah dengan dia pun.

“Saya tak boleh cakap masa sekarang. Tapi, yang akan datang, wallahualam. Sebab kita manusia, kita tak tahu.

“Saya melihat balik kepada diri saya, mampukah saya? Memang, lelaki ini keinginannya tinggi.

“Tapi, bila fikir balik kemampuan kita, bukan sahaja dari segi batin, kita kena periksa diri kita adakah kita mampu adil dari sudut hati?

“Itu satu perkara besar sebenarnya. Walaupun kita bagi nafkah setiap bulan, tapi hati isteri masing-masing macam mana nak jaga. Itu bukan senang dan satu benda yang sangat besar,” ujarnya.

 

Sumber: Harian Metro

Salma Syahbuddin