Categories: Hiburan

Family Duo: Haqiem Rusli & Ariff Bahran Ungguli Minggu Kedua Dengan 60.9%, Ini Kedudukan & Markah Penuh Peserta!

Minggu kedua Famili Duo menyaksikan pasangan sepupu, Haqiem Rusli & Ariff Bahran yang membawa dua buah lagu iaitu Earth Song dan We Will Not Go Down mendahului pertandingan dengan meraih 60.9 peratus markah.

Dinilai sebanyak 70 peratus oleh juri tetap, Ajai dan Mas Idayu serta 30 peratus undian atas talian oleh penonton, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran berjaya membawa pulang hadiah mingguan berjumlah RM10,000.

Di tempat kedua, Shila & Syahir Amzah yang menyampaikan lagu Sampai Syurga meraih markah sebanyak 45.4 peratus.

Membawakan lagu I Have Nothing, Emma dan Adira Suhaimi pula berada di tangga ketiga dengan markah sebanyak 45.3 peratus.

Berikut merupakan markah penuh enam peserta Famili Duo di minggu kedua:

1. Earth Song & We Will Not Go Down – Haqiem Rusli & Ariff Bahran (60.9%)

2. Sampai Syurga – Syahir & Shila Amzah (45.4%)

3. I Have Nothing – Adira & Emma Suhaimi (45.3%)

4. Seragam Hitam & Kwek Mambo – Syarif & Syaiful (33.1%)

5. Istana Menanti &  Kesal – Tom & Fuad Rahman (32.8%)

6. Kau Tigakan Cintaku – Ryan & Adam Bakery (22.5%)

Dihoskan oleh Janna Nick dan Izzue Islam, enam pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan untuk merebut hadiah bernilai RM10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Glenmarie, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo musim ketiga setiap Ahad, pukul 9 malam hingga 11 malam di TV3.

Gunakan tanda pagar #familiduotv3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

Syamir Shafie