Fatin Afeefa Sindir ‘Geng Tolak Stroller’ Ke Bazar Ramadan – “Biarlah Anak Kecil Tu Bersesak, Berpeluh, Terdedah Dengan Virus, Asap…”

Pelakon, Fatin Afeefa tampil memberi respons susulan isu ibu bapa membawa anak kecil menggunakan ‘stroller’ ke bazar Ramadan.

Menerusi status dimuat naik di Instagram Story (IGs), aktres filem popular Tentang Bulan ini menyifatkan ibu bapa berhak untuk membawa anak-anak mereka ke mana sahaja.

Dalam hantaran tersebut, Fatin berkongsi semula pautan potal hiburan memaparkan berita pengunjung bazar Ramadan menegur geng tolak stroller.

Berdasarkan status itu, Fatin seakan menyindir ibu bapa yang membiarkan anak-anak kecil mereka bersesak dikelilingi asap ketika di bazar Ramadan.

“Korang belum ada anak lagi, bolehlah cakap macam tu.

“Parents ada hak nak bawak anak kecil pergi mana-mana sekali pun.

“Biarlah anak kecil tu bersesak-sesak, kepanasan, bahang, berpeluh, terdedah dengan virus, sesak nafas bau asap-asap dekat bazar tu.

“Kita yang dah tua bangka ni pun sesak nafas kadang-kadang berhimpit dekat bazar tu.

“Tapi korang tak ada anak, korang tak akan faham,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen pautan portal hiburan tersebut, ramai dalam kalangan netizen turut meluahkan pendapat sama seperti Fatin.

Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Tuntut Nafkah Anak, Adam Shahz Pula Tak Hadir Ke Mahkamah – “Kenapa Tak Datang? Above The Law Ke?”

Artikel Berkaitan: Beri Hadiah LV, Fatin Afeefa Harap Suami Tak Kahwin Lain – “Jadi Aliff Awang, Bukan Aliff…”

Artikel Berkaitan: Bimbang Trend Teknologi AI, Fatin Afeefa Jadi Takut Kongsi Wajah Anak-Anak

Aqilah Paharuzi