Categories: HiburanTrending

Gara-Gara Merajuk, Noor Nabila ‘Archive’ Gambar Bersama Engku Emran – “Alhamdulillah, Jodoh Kami Masih Kuat”

Gara-gara merajuk, usahawan selebriti, Noor Nabila Mohd Noor menyimpan semua foto suami, Engku Emran dalam di ruangan arkib Instagram.

Memberikan penjelasan mengenai status rumah tangga mereka yang menjadi tanda tanya kepada Harian Metro, kakak kepada pengacara popular Neelofa itu mengakui adat rumah tangga ada pasang surutnya.

“Alhamdulillah, jodoh kami masih kuat. Kami masih bersama. Doakan kami. Biasalah dalam perkahwinan ada turun naik. Waktu itu saya tengah geram. Saya tak buang pun gambar, tapi ‘archive’ saja. Macam tulah.

“Cuma bila kita jadi perhatian, perkara kecil pun menjadi besar. Padahal semua perempuan pun kalau gaduh perkara pertama dia akan buat (padam gambar). Saya merajuk lama tau,” katanya.

Tambah Nabila, dia menyedari tindakannya menimbulkan spekulasi sehingga ia menjadi perhatian warganet.

“Sebenarnya saya tahu implikasi itu. Macam Lofa dan keluarga bila dia menjadi perhatian, tempiasnya pun tetap kena pada saya juga. Saya sepatutnya berhati-hati. Tapi kita manusia, perempuan dan berjiwa lembut.

“Saya tak terkejut, tapi dapat rasa perkara ini dapat perhatian. Tapi sebab masa tu geram, jadi tak fikir. Kadang bila orang orang menilai, kita abaikan saja. Kita tak boleh puaskan hati semua orang,” katanya.

Kisah perkahwinan Nabila dan Emran mendapat sorotan media semenjak Julai lalu apabila usahawan itu memadam semua foto di media sosial bersama suaminya.

Seakan menjawab persoalan orang ramai, Nabila berkongsi video Emran sedang menjadi imam solat di rumah mereka pada bulan lalu.

Kelibat suaminya nampak jelas apabila anak Nabila, Jebat Jayden mengambik telefon pintar yang digunakan untuk merakam aksinya solat sebelum ia diletakkan di bahagian hadapan.

Nabila dan Emran selamat mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2021.

Sumber / Kredit foto: Harian Metro

Padin