Hiburan By: SGMS Enal December 25, 2017 @ 3:05am

Giliran anak Shaheizy Sam pula…

Usia baru cecah enam bulan, tapi 

Mana taknya, wajah comel dan keletah menghiburkan Syeriv Samheizy pasti akan ‘menawan’ sesiapa pun. Tidak hairanlah, akaun Instagram @syerivsamheizy mengumpul peminat baharu setiap hari.

Syeriv pantas meraih populariti sama seperti anak selebriti, antaranya Yusuf Iskandar, Aaisyah Dhia Rana, Lara Alana dan Noah Ismail Wong.

Sam memberitahu beliau tidak menghalang jika Syeriv mengikuti jejak sebagai insan seni.

“Istilah terlalu terdedah atau ‘over exposed’ itu bersifat subjektif. Mungkin dilahirkan dalam keluarga seni, mahu atau tifollowers di Instagram dah hampir 400,000. Power betul ‘penangan’ anak aktor Shaheizy Sam ni!dak, anak saya perlu melaluinya.

“Saya lihat semua ini memudahkan dia jika mahu memilih kerjaya dalam dunia komersial. Saya restu jika dia nak jadi apa sekalipun apabila besar nanti, termasuklah artis.

“Cuma saya akan mengajarnya, nak jadi apa sekalipun, tak boleh main-main. Kena fokus dan betul-betul. Kita tak tahu, nanti zamannya apabila sudah besar akan jadi lain dan barangkali, lebih mencabar daripada apa yang dilalui saya dan ibunya,” katanya yang sedang rancak melunaskan baki penggambaran filem Polis Evo 2 ketika ini.

Tambah Sam, kewujudan Instagram untuk Syeriv itu sebenarnya lebih kepada menjadikan akaun media sosial itu diari yang memaparkan setiap rutin harian si kecil.

“Kalau ada yang lihat saya buat Instagram untuk anak itu secara langsung mendedahkan dirinya kepada dunia komersial, mungkin hanya persepsi. Tapi, sebab pertama saya wujudkan akaun itu untuk mendokumentasi perjalanan hidupnya dari kecil hingga dewasa.

“Saya akan gembira kalau ibu bapa saya sendiri buat benda yang sama. Tapi, zaman dulu macam mana pula. Secara tak langsung, apa yang dikongsi di laman itu menjadi bukti kepada anak bagaimana kami menjaganya. Ia boleh jadi rangsangan kepadanya apabila besar nanti menjaga ibu bapanya pula.

“Memandangkan dia anak selebriti, jadi apa yang dimuat naik barangkali akan difikir bersifat komersial,” katanya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 18 Oct 2023

PU Abu Beri Bayangan Rumah Tangga Dengan 2 Isteri Bergolak?

Semoga semua urusan PU Abu dan isteri-isterinya dipermudahkan 🤲

Hiburan Fri, 22 Feb 2019
Events Fri, 24 Jun 2022

“Takkan Lupa Asal Usul” – Wings Bakal Adakan Konsert Tour Untuk Marhaen?

Wah! Mesti ramai sayap-sayap Wings yang tak sabar nak pergi konsert kan 😍

Hiburan Tue, 17 Jul 2018

Mia Ahmad Berdebar Tunggu September

Pelakon drama Hati Perempuan memberitahu suaminya, Mohd Izham Tarmizi turut berdepan debaran yang sama.

Hiburan Wed, 21 Feb 2024
Hiburan Wed, 11 Dec 2019

Tak Kecil Hati Pun…

Jangan lupa tonton pentas akhir Mentor Milenia 2019 pada Ahad ini jam 9 malam di TV3!