Hamil Kali Ketiga, Tahniah Azrinaz Mazhar Hakim!

Bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim mengumumkan berita kehamilan pertama hasil perkahwinannya dengan Fairos Khan Abdul Hamid.

Menerusi laman Instagramnya, Azrinaz yang pernah bergelar isteri kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan bayi berkenaan bakal lahir pada Oktober nanti.

“Assalamualaikum. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Wallilahilham. Dikesempatan ini, ingin saya kongsikan berita yang selama ini belum kami kongsikan secara umum.

“ Setinggi-tinggi syukur, saya telahpun melepasi trimester ke-2. Berkat doa ibu bapa, sahabat handai serta kalian semua yang amat saya kasihi… Allah memberikan saya peluang sekali lagi untuk mempunyai zuriat, buat kali ketiga,” tulisnya di Instagram.

Tulis Azrinaz lagi, beliau bersyukur kerana dirinya hamil tanpa bantuan teknologi moden.

“ Alhamdulillah, bayi ini terhasil tanpa bantuan teknologi moden. Namun saya akui, untuk berbadan dua pada usia yang bukan lagi remaja, saya akui tidaklah semudah 11 tahun yang lalu.

“ Diharapkan semoga kandungan yang berusia 6 bulan ini akan terus dititipkan dalam setiap doa kalian agar bayi ini dilahirkan sempurna, cukup sifat, sihat dan secara normal tanpa sebarang komplikasi,” akhirinya.

Terdahulu, Azrinaz memiliki sepasang cahaya mata hasil perkahwinan bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 13, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 11.

 

SGMS Faida