Melihat kepada susuk badannya yang persis anak dara, macam tak percaya Hanis Zalikha baru saja melahirkan anak keduanya, Alisa Aisyah 3 bulan yang lalu. Baru-baru ini Hanis yang  juga memanggil dirinya Keknis  telah mengadakan Jamuan Minum Petang Intim Cakenis Curves untuk keluarga dan rakan-rakannya bagi memperkenalkan produk terbaru beliau, Cakenis Petite Oil.

 

 

Jamuan minum petang yang diadakan di Restoran Blonde yang bertempat di Bukit Damansara ini juga dihadiri rakan-rakan artis Hanis seperti Elfira Loy, Mimi Lana, Syatilla Melvin dan Datin Nina Juren.  Hanis kelihatan begitu anggun di dalam persalinan serba biru dari pereka fesyen tempatan terkenal, Mimpi Kita di samping  suaminya, pelakon dan selebriti Hairul Azreen,  dan kedua-dua anak mereka Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah yang juga hadir untuk menyokong isteri dan ibu kesayangan mereka ini. 

 

Shaheizy Sam, Syatilla Melvin dan Sarima memeriahkan majlis jamuan minum petang itu

Hanis Zalikha bersama Nurul Zulkifli dan Mira Zulkifli dari Mimpikita dan Sarah Shahnor dari Modvier

Dari kiri: Mimi Lana, Hanis Zalikha, Hairul Azreen, Elfira Loy, Datin Nina Juren dan Sari Yanti

 

Walaubagaimanapun produk Cakenis Petite Oil di dalam botol 100ml ini hanya akan dijual kepada orang ramai pada 20 September 2019. Ianya merupakan formulasi yang terdiri daripada ‘essential oils’ yang digunakan dengan menyapu di bahagian-bahagian berlemak kita contohnya perut, pinggul, lengan, dan sebagainya. Ia dikatakan boleh merawat kulit di mana lemak-lemak kita terkumpul sambil mampu mengawal nafsu makan. Wahhh…menarik ni! Mesti ramai yang ingin mencuba produk ini untuk kelihatan secantik Hanis! 

Gambar dari IG: @haniszalikha dan @cakenis

 

 

 

Del14