Peserta Uji Bakat Mentor Milenia…Baca Pesanan Ini Sebelum Hadir Ke Lokasi!

Demam program Mentor Milenia bakal bermula tidak lama lagi! Nampaknya sambutan peserta yang hadir ke uji bakat program pencarian penyanyi serba boleh ini mendapat sambutan seperti tahun sebelum ini.

Dalam pada itu, Penerbit Eksekutif Mentor Milenia, Sufian Isa turut berpesan kepada peserta yang hadir ke uji bakat agar bukan hanya mempersembahkan nyanyian berkualiti malah soal imej juga perlu diberi perhatian. 

“Bukan suara sahaja yang menjadi kriteria penting malah imej juga perlu menarik. 

“Janganlah datang dengan imej selekeh kerana anda perlu membuktikan bahawa anda bukan saja mampu menyanyi tapi sudah cukup bersedia.

“Tambahan pula, uji bakat ini adalah untuk golongan muda. Jadi pastikan anda hadir dengan gaya yang unik supaya dapat memikat hati kesemua juri,” katanya kepada Harian Metro. 

Sementara itu, uji bakat ini adalah untuk golongan muda. Jadi pastikan anda hadir dengan gaya yang unik supaya dapat memikat hati kesemua juri perlu membuat persediaan rapi dari segi aura dan teknik nyanyian.

“Walaupun kebanyakan yang hadir pandai menyanyi dan memiliki suara sedap tapi kami mencari seseorang yang mempunyai aura dan keunikan tersendiri.

“Kami mahu peserta yang layak ke pusingan kedua bagi bertemu mentor yang terdiri daripada Akim, Black, Hazama, Stacy dan Ernie Zakrie sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk berdepan tekanan bagi bergelar penyanyi,” katanya.

Hari ini akan berlangsung satu lagi sesi uj bakat di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Jika kamu mempunyai bakat nyanyian dengan pakej yang mempesonakan, jom ke uji bakat Mentor Milenia. Siapa tahu giliran kamu bergelar bintang selepas ini, kan?

SGMS Faida