Featured By: Salma Syahbuddin January 31, 2024 @ 7:27pm

Heboh Gosip Mawar Karim Dah Berkahwin? Fizo Omar Tumpang Gembira – “Saya Ada Dengar, Tapi Selebihnya Tanya Dia”

Pelakon dan pengacara, Fizo Omar mengaku ada mendengar khabar angin mengenai bekas isterinya, Mawar Karim yang didakwa sudah mendirikan rumah tangga.

Menurut pemilik nama, Wan Hafizol Wan Omar, dia bagaimanapun tidak berani untuk mengesahkan atau memberikan sebarang komen lanjut mengenai hal tersebut.

Katanya, adalah lebih baik sekiranya berita itu disahkan sendiri oleh Mawar.

“Saya memang ada dengar khabar angin dia sudah mendirikan rumah tangga. Khabar angin itu datang dari pelbagai sudut.

“Bagaimanapun tentang kepastian berita itu perlu bertanyakan sendiri dengan tuan empunya badan. Saya dan dia berhubung hanya mengenai anak sahaja.

“Selebihnya saya tidak berani untuk bercakap lebih. Tidak sesuai untuk saya bercakap tentang hal itu kerana hanya bekas suami,” katanya.

Fizo berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media Nasi Lemak Kopi O, yang berlangsung di Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Mengulas lanjut, aktor berusia 38 tahun itu menegaskan, sekiranya khabar angin tersebut benar, dia mendoakan kebahagian Mawar bersama pasangannya.

“Sekiranya betul dia sudah berkahwin, saya tumpang gembira dan bagus untuk dia. Itu akan jadi kelebihan kepada anak kami, Maryam sebab ada dua bapa dan dua ibu.

“Saya juga mendoakan dia bahagia dan gembira dengan pasangannya jika benar-benar sudah berkahwin.

“Bagi saya manusia ini diciptakan memang untuk berpasangan baik lelaki mahupun perempuan,” ulasnya.

Terdahulu, timbul dakwaan mengatakan usahawan Mawar Karim sudah menamatkan zaman janda dengan seorang ahli kenamaan.

Sementara itu, Fizo tidak menafikan kenyataan bahawa diriny pernah mengucapkan tahniah kepada Mawar di atas perkahwinannya menerusi sepotong video yang tular sebelum ini.

Sekadar info, Fizo dan Mawar berkahwin pada November 2013, namun bercerai pada Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.

Fizo kemudian mendirikan rumah tangga dengan Fazeera Nazri Azrai pada 21 Oktober 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Aug 2021

Kempen Kita Malaysia #BaikSemula Sebar Semangat & Inspirasi Dalam Menyambut Bulan Kebangsaan 2021

Setiap kali menjelang bulan Ogos, pastinya negara kita meriah dengan kibaran Jalur Gemilang di merata tempat. Walaupun kali ini menjadi tahun kedua kita menyambutnya secara sederhana akibat penularan virus Covid-19, namun sambutan Hari Kebangsaan dan […]

Trending Sat, 27 Jan 2018

Maut Jatuh Dari Zipline Dan Mayatnya Dibuang

Pelancong Maut Jatuh Dari Zipline Dan Mayatnya Dibuang Ke Dalam Sungai Oleh Pengusaha Sukan Lasak Itu

Hiburan Wed, 15 Nov 2017

ADAKAH INI #ROADTOPEKAN FAZURA?

Menurut sumber yang boleh dipercayai, pasangan Fattah Amin dan Fazura telahpun bernikah di kediaman nenek Faz di Petaling JAYA.

LIFESTYLE Sat, 5 Jan 2019

Tanda-Tanda Oksigen Tidak Sampai Ke Seluruh Badan

Badan Menjadi Lemah, Sesak Nafas dan Sakit Kepala Antara Tanda-Tanda Oksigen Tidak Sampai Ke Seluruh Badan

Featured Fri, 9 Sep 2022
Featured Thu, 23 Jan 2020
Hiburan Tue, 25 Jun 2019

Isu Rumah Tangga Bergolak, Fizo Omar Nafi Wujud Orang Ketiga

Berita pergolakan rumah tangga pelakon Fizo Omar dan isterinya, Mawar Abdul Karim terus mendapat perhatian warganet.

Hiburan Sun, 10 Nov 2019