“Takkan Mama Samakan Sarah Dengan Orang Lain… Mama Tak Minat Dengan Persamaan Yang Ada” – Ibu Shuib

Ibu kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Salamiah Jalani meluahkan kata-kata sempena genap dua tahun pemergian menantunya, Allahyarham Siti Sarah.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, tiada siapa yang boleh menggantikan tempat arwah Siti Sarah meskipun sering dibandingkan dengan seseorang.

“Tarikh ini tak akan pernah Mama lupa. Genap 2 tahun pemergian menantu yang Mama sayangi.

“Takkan Mama samakan Sarah dengan orang lain walaupun kadang ada je yang sama. Pada Mama, Sarah tetap Sarah. Dan hanya satu iaitu sentiasa dalam hati,” ujarnya.

Pada masa sama, Salamiah turut menyatakan dia tidak suka dengan persamaan yang ada.

“Mama tak berminat dengan persamaan-persamaan yang ada. Kecuali jika terserempak. Moga Sarah tenang di tempat yang abadi. Al-Fatihah Aamin, sentiasa kekal di dalam hati,” luahnya.

Terdahulu, ibu Shuib mendedahkan Watie mempunyai banyak persamaan dengan arwah Siti Sarah.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Dinikahkan Malam Ini, Ibu Shuib Dedah Watie Mirip Arwah Siti Sarah

Maya Basir