Individu Dakwa Chef Wan Potong Separuh Gaji Pekerja Gred A, Bongkar Restoran De.Wan Tiada Untung?

Tiada angin tiada ribut, nama cef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan hangat menjadi sebutan di platform media sosial sejak siang tadi.

Chef Wan atau nama lengkapnya Redzuawan Ismail didakwa telah mengurangkan gaji pekerja-pekerja di Restoran De.Wan tanpa pengetahuan mereka.

Perkara yang mula meletus di platform X itu didedahkan dalam satu kenyataan luahan hati oleh individu dipercayai pekerja restoran tersebut.

Difahamkan, pekerja-pekerja di Restoran tersebut bukan calang-calang bakatnya, selain mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam bidang masakan.

Selain gaji kesemua pekerja disama rata menjadi RM1,500, individu tersebut memaklumkan mereka turut tidak diberi overtime (OT).

“Staf yang bukan dalam kategori management semuanya disamakan gaji menjadi RM1,500 sebulan. Wahia Datuk Chef Wan, kerja dekat MCD pun dapat basic hampir RM1,900.

“Manakala chef-chef kategori management, head, manager, pula gaji dipotong sampai RM1,000 ke RM3,000. Kesian la chef berbakat, terkenal bila dengar berita ini,” tulis individu tersebut.

Bukan itu sahaja, menerusi kenyataan tersebut juga individu tersebut telah bertanya kepada sumber manusia (HR), jelas mereka restoran De.Wan dikatakan tidak mempunyai keuntungan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengenai pengakuan individu berkenaan kerana sehingga kini masih tiada sebarang respons daripada pihak Chef Wan berhubung perkara tular itu.

Aqilah Paharuzi