Individu Lelaki Perli Shila Amzah Minta Kembali Ke Pangkal Jalan? Ini Respons Tuan Badan!

Penyanyi Shila Amzah menarik perhatian selepas berkongsi tangkap layar individu lelaki yang dikenali sebagai @norikhawanrazak menerusi Instagram story miliknya pada Khamis.

Menurut Shila, individu tersebut merupakan seorang pembuli apabila bertindak memuat naik foto ketika mereka bersama berserta kapsyen sarkastik yang turut mengaitkan nama ibunya, Fauziah Sarman.

Menerusi perkongsian tersebut, indiviu itu meminta agar orang ramai yang mengenali pelantun lagu Masih Aku Cinta itu agar kembali ke pangkal jalan.

“Siapa kenal boleh tag dia… Pesan dekat dia kembali ke pangkal jalan kan @mamazie?,” tulis individu tersebut.

Terkejut dengan perkongsian tersebut, terdapat segelintir dalam kalangan peminat tampil bertanyakan soalan menerusi aplikasi Question & Answer di platform sama tentang siapakah gerangan individu terbabit.

Bagaimanapun, Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, 33, berkata,  individu tersebut merupakan jurugambar keluarga sahaja.

Malah, dia bukanlah individu penting melainkan rajin mengipas.

“He is more of the family photographer or some sort. Bukanlah watak penting tapi rajin mengipas,” katanya.

Terdahulu, Shila memaklumkan, dia mahu melupakan semua trauma yang menghantuinya selama ini memandangkan dia kini sedang berbdan dua dan masih mengalami anxiety yang teruk sehingga menyukarkannya untuk tidur.

ARTIKEL BERKAITAN:”Anxiety During Pregnancy Is No Joke” – Hamil Anak Kedua, Shila Amzah Alami Kesukaran Untuk Tidur

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Penampilan Shila Amzah Curi Perhatian… Ada Yang Komen Comel Bila Baby Bump, Ada Juga Mengkritik

ARTIKEL BERKAITAN:Dahi Anak Benjol & Pipi Lebam, Shila Amzah Beri Pesanan Buat Netizen – “Dia Lasak, Jangan Cakap Kami Tak Pandai Jaga Anak!”

ARTIKEL BERKAITAN:”Kehormatan Saya Dicabar! Tak Ada Isu Saya Halau Darah Daging Sendiri” – Shila Amzah Perjelas Konflik Babitkan Ibu & Adik – Beradik

Salma Syahbuddin