Categories: Hiburan

Individu Luah Rasa Kurang Senang Apabila Aina Abdul Terima Dana Untuk Konsert – “Sudahnya Dana Kerajaan Ni Jadi Modal Baju”

Seorang individu tampil meluahkan rasa kurang senang dengan penyanyi Aina Abdul yang menerima dana kerajaan, Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 untuk konsert A Night With Aina Abdul 3.0 yang akan berlangsung pada 18 November ini.

Isu itu telah ditimbulkan oleh pemilik akaun @vabuya_ dalam satu bebenang di aplikasi X, baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, individu terbabit turut melampirkan senarai nama penerima dana terbabit.

“Artis yang dah naik level Anugerah Juara Lagu (AJL), minta lagi dana dari kerajaan untuk buat konsert sendiri. Nama puk*mak tu korang kenal ah. Last-last dana kerajaan ni jadi modal baju besar alam dia je. B*ngsat,” tulisnya.

Dalam pada itu, individu terbabit turut menghamburkan kata-kata kesat kepada Aina kerana menganggap pemilihan penerima dana tersebut tidak adil dan berat sebelah,.

“Moreover, konsert sendiri kali ketiga! Kali ketiga tau. B*ngsat! Semoga cepatlah nama kau down thru the drain. Kalau nama macam ni yang dapat top 10 penerima dana kerajaan, yang kecik kecik ni lupakan je lah niat korang.

“Maaf sebab mencarut. Sebab mencarut je tau! Bengang sangat pagi tadi sebab orang yang ada much esteemed achievements dalam scene gig secara independent pun tak dapat walaupun dah memenuhi kriteria dan terbukti sangat aktif dalam industri. Dahlah cukai hiburan 25 peratus sekarang!,” jelasnya.

Kurang senang dengan ciapan individu terbabit, terdapat segelintir peminat yang tampil mempertahankan pelantun lagu Jangan Mati Rasa Itu.

Fatin Nurain