Insomniacks Umum Gavin Akan Direhatkan Buat Seketika, Mohon Peminat Beri Sokongan Agar…

Kumpulan Insomniacks telah memaklumkan salah seorang ahli mereka, Gavin yang merupakan pemain drum band itu akan direhatkan buat seketika.

Menerusi perkongsian di Instagram, mereka menyatakan keputusan itu dibuat atas sebab peribadi untuk tempoh yang tidak ditentukan.

Namun, kumpulan yang terkenal dengan lagu Sempurna itu turut memaklumkan Gavin masih lagi bersama kumpulan itu cuma tidak akan terlibat dengan mana-mana projek dalam masa terdekat.

“We hope everyone can understand this decision and respect his privacy.

“We love Gav and we hope everyone can show him some love in the comments and support him in his future endeavors!,” tulis mereka.

Sementara itu, Gavin turut memohon maaf kepada pengikutnya menerusi sebuah perkongsian di akaun Instagram peribadinya.

Menurut Gavin, dia tidak dapat memberikan sebarang penjelasan buat masa kini dan mengakui rindu untuk beraksi bersama ahli kumpulan yang lain.

“Im sorry I am unable to go into detail but there are many things that I have to deal with now. I truly miss working with the boys on the band, but as of right now I am unable to provide the best version of myself.

“With that said, I will be taking a break from all band related activities and projects to focus on personal growth,” kata Gavin.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian ramai peminat mereka yang rata-ratanya mendoakan kesejahteraan keadaan pemain drum kumpulan itu.

Fatin Nurain