Intan Ladyana & Harris Alif Umum Bakal Timang Anak Lelaki

Pasangan selebriti Intan Ladyana dan Harris Alif mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama.

Pengumuman jantina anak kedua mereka itu telah dikongsikan oleh Intan dan Harris dalam sebuah majlis ‘Gender Reveal’, Ahad lalu.

“It’s a boy!,” tulisnya.

Berita gembira itu juga turut dikongsikan oleh mereka dalam sebuah hantaran di Instagram.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut mereka mengucapkan tahniah dan mendoakan agar urusan Intan untuk bersalin dipermudahkan.

Fatin Nurain