Hiburan By: Maya Basir August 2, 2023 @ 5:01pm

Masa Untuk Keluarga Jadi Terhad, Isteri Bell Ngasri Pesan Agar Berhati-Hati – “Tak Semua Orang Sukakan Kita…”

Isteri kepada pelakon dan pelawak, Bell Ngasri iaitu Nur Farhana Mahamad Fauri turut menerima impak luar biasa di atas kemenangan suaminya sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH35).

Memetik laporan Berita Harian, Farhana memberitahu impak yang jelas adalah jadual harian Bell semakin padat dan masa bersama keluarga agak terhad.

“Selepas hari kemenangan, saya rasa masa suami bersama anak boleh kira beberapa jam sahaja. Bila balik rumah waktu malam, anak sudah tidur. Waktu pagi ketika anak nak ke sekolah, Bell pula masih tidur.

“Kalau jumpa pun, mungkin dalam tengah hari. Masa itu terdetik juga dalam hati saya, tak boleh jadi macam ni… (ketawa). Bell pun sedar dirinya tak cukup rehat.

“Saya lihat ramai sanggup beratur panjang untuk bergambar dengan Bell ketika kami ke Karnival Jom Heboh, Pulau Pinang, minggu lalu. Walaupun penat, tetapi saya lihat Bell tetap tersenyum melayan peminat.

“Kasihan juga melihat keadaannya, tetapi nak buat macam mana. Bell pun tak nak dikatakan berlagak jika tak layan peminat. Secara bergurau, saya ada juga bertanya pada Bell, seronok bila jadi popular?

“Dari jawapan diberikan, Bell akur sahaja dengan pengalaman baharu dilaluinya,” katanya.

Meskipun begitu, Farhana sering berpesan kepada Bell agar sentiasa berhati dalam apa jua tindakan yang dilakukan lebih-lebih lagi dia sudah menjadi perhatian orang ramai.

“Saya sering menasihatkannya berhati-hati dalam tutur kata dan apa sahaja yang dilakukan kerana tidak semua orang sukakan kita. Dalam situasi sekarang tentunya banyak mata memerhati Bell.

“Walaupun ini bukan perkara baharu buatnya, tetapi selepas menang trofi Bintang Paling Popular dan mencetuskan fenomena, cabarannya lebih besar. Secara tidak langsung, saya terkena juga tempiasnya.

“Saya memang tak biasa dengan benda-benda glamor. Bila Bell beritahu kena melintasi karpet merah pada malam kemuncak ABPBH 35, saya sampai tak tidur malam. Bimbang dan takut kena kecam,” ujar Farhana yang juga seorang penulis skrip.

Terdahulu, Bell bukan sahaja dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular malah merangkul trofi Artis Komedi Popular di ABPBH35 pada Julai lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Yak Yak Yeay! Tepati Ramalan, Bell Ngasri Bintang Paling Popular! Jom Semak Senarai Penuh Pemenang ABPBH 35

ARTIKEL BERKAITAN: “Dapat Kereta Apa Pun Saya Gembira, Benda Percuma Kot!” – Bell Ngasri Akhirnya Miliki Kereta Mini Cooper Bernilai RM200,000

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Trending Tue, 2 Nov 2021

Rosakkan Pintu Van Dengan Kayu Besbol & Tumbuk Pemandu, Ammar Alfian Didenda RM3,500

Selepas mengaku bersalah melakukan khianat dengan mengetuk pintu sebuah van Pos Malaysia menggunakan kayu besbol dan menumbuk pemandu pada April, pelakon Ammar Alfian didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam. Majistret S. Mageswary turut […]

Hiburan Tue, 11 Feb 2020

Drama Camelia Bukan Semuanya Negatif, Ini Mungkin 10 Nilai Yang Patut Dipelajari Netizen

Jangan lupa saksikan drama Camelia malam ini dan esok guys!

Fab Foodies! Fri, 15 Jun 2018

Bagaimana Nak Elak Cirit Birit Di Musim Perayaan? Ikuti Tips Ini!

Bila juadah raya terhidang depan mata, habis korang ‘balun’ tanpa rasa bersalah kan? Maklumlah, dah sebulan menahan lapar dan dahaga, waktu berayalah korang balas-dendam makan sampai kenyang kan! Bila dah makan macam-macam makanan dari macam-macam […]

Hiburan Thu, 15 Aug 2019
Hiburan Wed, 27 Nov 2019

Mad August与刘力扬共筑音乐梦!合作单曲《一切都值得》

Mad August四人出道至今历尽无数风雨,日前有机会跨国找来刘力扬合作单曲 《一切都值得》!

Hiburan Sat, 16 Feb 2019
Featured Thu, 5 Jan 2023