Isteri Pertama & Kedua Bekas Jurulatih Liga Super Didakwa ‘Berbalah’ Di Restoran?

Perkahwinan bekas jurulatih Liga Super sekali lagi menjadi tumpuan hangat apabila kedua-dua isterinya itu didakwa bergaduh semalam.

Memetik laporan Harian Metro, pergaduhan tersebut difahamkan berlaku di sebuah restoran di Shah Alam akibat salah faham antara mereka berdua.

Malah, pergaduhan tersebut turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi wartawan Harian Metro.

“Kejadian berlaku pada awal pagi dan kedua-dua pihak sudah tampil membuat laporan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam),” jelasnya.

Sebelum ini, perkahwinan kedua bekas jurulatih Liga Super yang berumur dalam lingkungan 50-an dikatakan telah berkahwin dengan adik penyanyi popular yang berusia 29 tahun.

Artikel Berkaitan: Kahwin Kali Ke-2, Bekas Jurulatih Liga Super Dikhabarkan Nikah Dengan Artis Berusia 20-an?

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari