Isu Cerai Fyna Jebat Tular, Ini Respons Zainal Abidin

Susulan kes perceraiannya bersama Fyna Jebat tular, bekas jurulatih bola sepak popular, Datuk Zainal Abidin Hassan enggan memberi komen lanjut mengenai isu tersebut.

Memetik laporan mStar, Zainal ketika dihubungi hanya memaklumkan dia kini sedang memandu ke latihan bola sepak dan meminta untuk menghubunginya semula.

Bagaimanapun, cubaan untuk menghubunginya semula gagal selepas panggilan dan pesanan menerusi aplikasi WhatsApp tidak dibalas.

ā€œNanti hubungi saya semula, saya tengah memandu nak pergi latihan,ā€ katanya.

Terdahulu, perceraiannya bersama Fyna disahkan sendiri oleh saudara terdekatnya apabila memaklumkan pasangan terbabit sah bercerai sejak dua minggu yang lalu.

Malah perceraian tersebut juga berlaku disebabkan tiada persefahaman antara Fyna dan madunya, Datin Zailani Zaini.

ARTIKEL BERKAITAN:Fyna Jebat Sah Cerai! Sumber Terdekat Dedah Perkara Sebenar ā€“ ā€œMereka Bercerai 2 Minggu Laluā€Ā 

ARTIKEL BERKAITAN:Tidak Pernah Berdamai, Anak Zainal Abidin Dedah Bapa Dah Ceraikan Fyna Jebat?

Sebelum ini, anak perempuan Zainal yang dikenali sebagai Zahira Aisyah turut mendedahkan perkara sebenar selepas sebuah portal hiburan memaklumkan bahawa Fyna dan ibunya kembali berdamai.

ā€œKenapa perlu post balik cerita 4 bulan yang lepas? Also, my mom did not ā€˜berdamaiā€™ with anyone and this story is not true.

ā€œAnd for your information, my dad has divorced Fyna Jebat. Mohon delete post ni, thank you,ā€ katanya.

Sekitar Januari awal tahun ini, Fyna telah mengaku bahawa sudah berumah tangga dengan Datuk Zainal Abidin Hassan namun tidak mendedahkan tarikh sebenar pernikahan mereka.

Untuk rekod, bekas jurulatih pasukan Pahang FC itu mendirikan rumah tangga dengan isteri pertama,Ā Datin Zalina ZainiĀ pada 1980 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Salma Syahbuddin