Isu Kak KM Maki Suami, Ustaz Wadi Anuar Tampil Perjelas Hukum – “Kalau Tak Sempat Taubat Maka Neraka Tempatnya”

Penceramah terkenal, Ustaz Wadi Anuar tampil mengulas isu membabitkan usahawan kosmetik, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM yang kelihatan menghamburkan kata-kata kesat terhadap suaminya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian yang tular di TikTok, Kak KM meluahkan rasa bengangnya apabila kereta Alphard miliknya remuk selepas suaminya, Razman Ramli tidak sengaja menekan pedal undur.

Malah, dia juga kecewa apabila suaminya itu tidak memohon maaf kepadanya akibat kemalangan yang berlaku.

“Hancur kereta aku si*l betul. Minta maaf pun takde puk*mak.

“Jah*nam harta aku. Macam b*bi manusia. Ini terus tekan minyak sekuat-kuatnya, namanya meniaya. Tak tahu nak sama-sama nak jaga harta,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Jahanam Harta Aku, Macam B*bi…” – Kereta Alphard Remuk Rempuh Tembok, Netizen Terkejut Kak KM Hambur Kata Kesat Pada Suami?

Terkejut melihat video tersebut,  rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap hantaran berkenaan.

Bahkan, ramai yang beranggapan tindakan Kak KM memaki suami secara terang-terangan adalah salah disisi agama.

Reda isteri terletak ditangan suami

Susulan isu tersebut, Ustaz Wadi Anuar  (UWA) menerusi hantaran di Instagram miliknya tampil memperjelaskan hukum apabila seorang isteri memaki suaminya.

“Baru-baru ini sehari dua ada orang tunjuk, seorang isteri dia memaki hamun suami dia. Innalillahwainna ilahirrojiun.

“Macam mana orang lain semua tahu? Puluhan ribu orang tahu dia maki hamun? Sebab dia rakam waktu dia maki hamun suami dia tu.

“Reda seorang isteri pada tangan seorang suami. Sepertimana reda seorang anak pada tangan seorang ibu.

“Kalau tak sempat taubat dan tak sempat diampunkan oleh Allah, maka nerakalah tempat seseorang itu dengan dosa tersebut,” jelasnya.

 

Salma Syahbuddin