Hiburan By: SGMS Enal November 4, 2018 @ 5:14pm

Jari Manis Disarung Cincin, Raja Ilya Dilamar Ahli Perniagaan

Tahniah diucapkan kepada Raja Ilya yang bakal bernikah dengan seorang ahli perniagaan dari Australia. Berita baik itu dikongsi Raja Ilya menerusi gambar jari manisnya disarung cincin apabila dilamar kekasih.

“Ia adalah kejutan lamaran daripada TWG dan keluarga. Mereka merancang semuanya bersama teman baik saya di mana kami pergi ke Pulau Langkawi untuk suatu acara. Di pulau itu, teman baik saya mengajak makan malam di restoran”

“Saya hanya mengikut. Tanpa diduga, TWG muncul sambil diiringi lagu romantik yang dimainkan band di restoran terbabit Dia melutut di depan saya dan melamar. Semua ini berlaku tiga hari lalu”

“Bayangkan, dia buat semua itu di depan orang ramai dan keluarga. Terasa bagai menjalani penggambaran drama pula. Sungguh tak disangka tetapi saya amat gembira,” kongsinya mengenai momen bahagia dilamar.

Khabarnya tarikh pernikahan untuk pasangan ini masih belum ditetapkan namun Raja Ilya merancang untuk bernikah pada tahun depan. Ramai betul selebriti bernikah dengan ahli perniagaan dari luar negera sekarang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 22 Mar 2022

“Tak Adil Jika Hanya Tuding Kesilapan Pada Satu Pihak” – Ruhainies Harap Orang Ramai Maafkan Zul Ariffin

Apapun, Ruhainies berkata manusia tak boleh lari daripada melakukan kesilapan dan bukan niatnya untuk ‘back up’ Zul, tetapi..

Hiburan Sun, 16 Dec 2018

黄明志首次与黄小琥、李佳薇同台飙唱!自嘲是小丑

黄明志这个月22日将与黄小琥、李佳薇两个巨肺歌手在云顶飙唱,他坦承压力大自嘲像马戏团的小丑:「感觉上像来乱的!」

Hiburan Mon, 12 Sep 2022