Categories: Hiburan

Jennie Black Pink Muncul Wanita Paling Berpengaruh

Blackpink in your area! Baru sahaja menamatkan konsert jelajah mereka di Kuala Lumpur, kumpulan K-pop terkenal semakin mendapat perhatian dunia. Namun, Jennie iaitu vokalis utama kumpulan Blackpink dilaporkan mempunyai pengaruh tersendiri berbanding ahli kumpulannya yang lain. 

Menurut Koreaboo, sebuah institusi yang menjalankan penyelidikan di Korea, Jennie menduduki tempat pertama dalam senarai kedudukan ahli kumpulan wanita idol paling berpengaruh di Korea. 

Sumber: Google

Senarai top 30 menunjukkan Jennie berada di kedudukan tangga teratas sebagai individu paling berpengaruh sejak bulan lalu. Ahli kumpulannya iaitu Jisoo tersenarai di tangga keenam.

Pada setiap bulan, Koreaboo akan menganalisis metrik yang merangkumi liputan media dan dan pengaruh dalam kalangan 450 ahli kumpulan idol wanita di Korea untuk menentukan individu yang mempunyai pengaruh media sosial yang paling tnggi,

Agak mengejutkan senarai top 10 itu turut mencatatkan kumpulan idol terbaru, Itzy yang dianggotai oleh Yuna, Yeji, Lia dan Ryujin di kedudukan no 2,4,5 dan 10.Senarai  itu juga turut menyenaraikan kumpulan idol wanita Korea lain seperti Mamamoo dan Red Velvet, Girls Generation dan G-friends.

 

 

Ad Ops