“Kalau Aku Kat Tempat Dia, Aku Dah Menangis…” – Mangsa Kemalangan Santai Bergambar Biarpun Myvi Terbalik

Seorang pemuda yang mengalami kemalangan raya masih tersenyum dan sempat merakam gambar kenangan bersama kenderaannya yang terbalik.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok @syadad10, kejadian didakwa berlaku di selekoh tajam berhampiran dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, semalam.

“Syukur semua tak ada luka. Kereta saja luka, sapu ubat gamat eloklah ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tidak sama seperti situasi cemas kemalangan lain, pemuda terbabit sempat merakam gambar dengan menunjukkan tangan tanda bagus tanpa ada rasa panik sama sekali.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji ketahanan Myvi kerana mangsa dilihat tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun keadaan kereta sangat teruk.

Dalam pada itu, ada juga segelintir warganet menyatakan mereka akan menangis jika keadaan itu terjadi kepada mereka.

“Kalau aku kat tempat dia aku dah nangis,” komen salah seorang netizen.

Dharnieya Nur Amelsa