Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 18, 2022 @ 12:23pm

“Kalau Aku Tiba-Tiba Mati, Tolong Jaga Nina & Musa, Aku Mohon…” – Noh Salleh Titip Pesan Sempena Ulang Tahun Kelahirannya

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh menitipkan ucapan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-37 menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram.

Noh atau nama sebenarnya, Mohammad Noh Salleh berharap agar kehadirannya di dunia ini dapat memberi makna dan menggembirakan orang sekeliling sama ada secara langsung atau tidak langsung.

“Dah 37 dah umur kau dik. Alhamdulillah. Dapat hidup sampai hari ini. Terima kasih semua. Buat kalian, kaum keluarga sanak saudara, sahabat kawan, kalian yang mengenali saya, bala keluarga besar Raingers Riot Kidz Hikari, aku sayangkan semua. 

“Semoga wujudnya saya selama 37 tahu ini membawa banyak kebaikan daripada keburukan. Semoga wujudnya saya didunia ini selama ini mendatangkan lebih banyak memori yang manis dan bermakna kepada semua yang bertembung berkenalan secara langsung dan tidak langsung. 

“Semoga lahirnya saya daripada kandungan ibu saya, sedikit sebanyak membuatkan dunia ini lebih indah daripada kehancuran. Saya manusia biasa yang tidak akan jauh dari melakukan dosa dan kesalahan,” tulisnya.

Tambahnya lagi, mengakui sebagai manusia biasa, dia juga tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan memohon maaf atas segala kekhilafannya itu.

“Walaupun saya selalu lafazkan ungkapan “live forever” tapi realitinya setiap hari saya fikirkan kematian saya. Terlalu banyak kekecewaan dan penyesalan yang saya go thru dalam 37 tahun ini,” katanya.

 

Bagaimanapun, pelantun lagu Sang Penikam ini bersyukur kerana sepanjang kehidupannya dia dikelilingi oleh orang-orang yang baik hati dan sentiasa mengajaknya melakukan perkara-perkara kebaikan.

“Tapi yang pasti, selama 37 tahun ini saya di guide oleh Tuhan sepenuhnya dan di kelilingi oleh orang orang yang baik hati dan penyayang seperti anda semua.

“Semoga Allah terus merahmati kita semua. Kalau aku tiba2 mati dalam masa terdekat ni, tolong jaga Nina & Musa untuk aku. Aku mohon,” jelasnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan juga peminat tersentuh dengan ucapan yang dititipkan penyanyi dan vokalis kumpulan Hujan ini.

Untuk rekod, Noh mendirikan rumah tangga bersama aktivis kemanusiaan, Mizz Nina pada 1 Julai 2011.

Dan pada Mac lalu, pasangan ini mengumumkan mereka telah mengambil seorang anak angkat yang diberi nama, Musa.

ARTIKEL BERKAITAN:Tempoh 11 Tahun Bukan Penghalang Buat Mizz Nina & Noh Hujan Miliki Musa – “Jika Allah Berkehendak, Tiada Apa Yang Dapat Menghalangnya”

ARTIKEL BERKAITAN:Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke -10, Mizz Nina Beri Ucapan Istimewa Buat Noh Hujan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 25 Aug 2023

9 Tahun Menanti Zuriat, Siti Elizad Syukur Keluarga Tak Pernah Tanya Soal Anak

InshaaAllah moga ada rezeki untuk Elizad dan semua yang menanti zuriat😥

Featured Wed, 28 Dec 2022
Trending Fri, 2 Feb 2018

Saya Kena Paksa Makan Dalam Lampin

Saya Kena Paksa Makan Dalam Lampin, Bersentuhan Tak Kira Lelaki Perempuan, Konon ”Baby Shower” Tapi Dah Macam Pesta Maksiat

Featured Fri, 17 Mar 2023
Featured Mon, 16 Apr 2018

Kenali Lelaki Gay, Bukan Dari Cara Pemakaian Mereka Tetapi Bentuk Jari

Sebuah kajian mengatakan bahawa pengecaman untuk memastikan sama ada lelaki itu gay ataupun tidak boleh dilakukan melalui jari-jemari tangannya. Sama ada anda mempercayainya ataupun tidak, kenyataan ini mungkin boleh digunakan pakai apabila mengaitkannya dengan Digit Ratio Theory.

Featured Mon, 5 May 2025

“Dia Yang Failkan, Jadi Kita Ceraikanlah” –  Edika Yusof & Isteri Sah Cerai Talak Satu 

Edika bersetuju untuk melepaskan isterinya itu seperti yang diminta sebelum ini.

Hiburan Sun, 3 May 2026

Raikan 543 Pelajar PTTI Raih Straight A SPM Termasuk Alyssa Dezek, Syed Saddiq Kagum Pengorbanan Ibu Bapa

Tahniah semua pelajar cemerlang SPM, semoga menjadi insan yang berguna untuk ibu bapa & negara!

error: Content is protected !!