“Kalau Tak Suka Artis Sendu, Tak Payah Tengok! – Aishah Bidas ‘Haters’ Mulut Puaka

Penyanyi Datuk Aishah tambil menegur segelintir netizen yang berasa kurang senang dengan barisan artis yang terlibat dalam sebuah program pertandingan nyanyian popular baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aishah berkata, sekiranya ada yang tidak berpuas hati dan tidak suka dengan nyanyian ataupun persembahan dari artis ‘sendu’ tersebut, maka keputusan terletak di tangan mereka sama ada hendak menonton ataupun sebaliknya.

“Tak suka tengok artis sendu tak payah tengok. Tak suka tengok pengacara sendu, tak payah tengok.

“Tak suka format rancangan, tak payah tengok. Tak suka apa-apapun tak payah tengok atau get involved,” katanya.

Tak kacau pun periuk nasi kau kan?

Dalam pada itu, Aishah atau nama penuhnya,  Wan Aishah Wan Ariffin, 58, menyifatkan, kemunculan barisan artis dalam program nyanyian tersebut sekadar untuk memberi hiburan kepada peminat dan penonton sahaja.

“Kau siapa nak komen macam tu? Macam kau terpaling betul dan berhak dekat dunia ni.

“Bagilah kami yang suka tengok. Tak kacau periuk nasi kau kan? jelasnya.

 

Menjengah ke ruangan balas berkenaan, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh pelantun lagu Janji Manismu itu.

“Orang jenis ni lagi suka tengok sebab senang jadikan modal bercerita makcik dan pakcik bawang.

“The best singing competition ever. Tiap tahun memang tunggu program ni.

“Exactly Kak Cah, bising-bising pun tengok secara tak sah. I am with you.

“Pilihan masing-masing kan? Tak suka tak payah tengok,” komen netizen.

Salma Syahbuddin