Hiburan By: Maya Basir January 30, 2024 @ 10:54am

Keith Foo Tak Mahu Masuk Campur, Beri Pesanan Jangan Cepat Menghukum – “Saya Doakan Yang Terbaik Untuk Dia…”

Pelakon Keith Foo memberitahu dia tidak mengetahui tentang rakan pelakon, Fathia Latiff yang menjadi bualan hangat di media sosial.

Menurutnya, dia memilih untuk tidak mengambil tahu dan mendoakan yang terbaik buat rakan gandingannya menerusi drama Ariana Rose itu.

“Secara jujurnya, saya tidak tahu situasi ini (isu Fathia) secara keseluruhan kerana tidak begitu mengikuti kisah hangat atau kontroversi terkini di media sosial.

“Apa pun, saya berpendapat kita harus mendoakan yang terbaik untuk semua pihak. Tidak kira Fathia mahu pun sesiapa, kita seharusnya mendoakan yang terbaik buat mereka.

“Apa yang penting adalah jangan terlalu cepat menjatuhkan hukum atau membuat spekulasi. Biarlah mereka menjalani kehidupan dengan cara tersendiri dan mencari erti kehidupan masing-masing.

“Apa pun, saya memilih untuk tidak masuk campur dan tidak ambil tahu kisah orang lain. Cuma, saya mendoakan yang baik-baik saja untuk anda semua,” katanya semasa ditemui di sidang media drama Layang-Layang Perkahwinan di Restoran Rebung, baru-baru ini.

Terdahulu, Fathia mengejutkan orang ramai apabila dia menyerang beberapa selebriti iaitu aktres jelita, Zahirah Macwilson dan suaminya, Aiman Hakim Ridza malah membongkar kisah lama dan bercerita buruk tentang pelakon Zarina Anjoulie.

ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff Petik Nama Zahirah Macwilson Di Sesi Live… Samakan Muka Macam Bibik, Dakwa Buat Bibir Di Australia?

ARTIKEL BERKAITAN: Parah! Muat Naik Foto Bersama, Fathia Latiff Dakwa Aiman Hakim Masih Taruh Harapan – “I Know You Still Love Me”

ARTIKEL BERKAITAN: Berang Dilabel Busuk Hati, Fathia Latiff Bidas Zarina Anjoulie… Tak Teragak Bawa Kes Ke Mahkamah? -“Kau Memang Pela*ur! Kau Bawah Tapak Kaki Aku!”

Perbuatannya itu mengundang dakwaan dirinya sakit dan gemar membuat tuduhan melulu terhadap orang lain.

Dipercayai, Fathia kini berada di Jepun kerana terlalu banyak perkara negatif di negara ini termasuk mereka yang berfikiran negatif melemparkan fitnah kepadanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 29 Feb 2024

Ezzanie Jasny Jamin Takkan Lupa Diri

min suka tengok Ezzanie ni

Hiburan Mon, 21 May 2018

Syukur! Nabil Ahmad Bakal Jadi Tetamu Allah Kali Keempat

Setiap kali pulang perasaan rindu itu semakin menebal dan saya akan ambil peluang ini untuk beribadat dan memperbaiki diri…

Featured Mon, 13 Mar 2023

Kamal Adli Terpaksa Ditidurkan, Doktor Syak Alami ‘Brain Damage’

Allahu! Moga Kamal segera sembuh dan Uqasha sentiasa kuat❤

Hiburan Mon, 5 Aug 2019
Selebriti Wed, 13 Sep 2023
Hiburan Thu, 29 Feb 2024