Kes Iklan Persundalan, Erma Fatima Kesal Gelaran ‘Pelakon’ Diberikan Kepada ‘Hot Daddy’

Pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima meluahkan rasa kurang senang terhadap tajuk pada sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Erma meluahkan rasa kecewa apabila terdapat sebuah akhbar tempatan menggunakan istilah pelakon dalam sebuah tajuk berita.

Berita yang dimaksudkan adalah berita mengenai kes jenayah yang melibatkan seorang ‘gigolo’ tempatan bersama 6 wanita dituduh kerana merakam dan menjual puluhan video lucah.

Namun tajuk berita tersebut menggunakan istilah ‘pelakon’ dan bukannya wanita.

“6 ‘pelakon’ wanita bersama ‘Hot Daddy’ dituduh hari ini’,” tulis berita tersebut.

Kurang senang dengan tajuk tersebut, Erma menyifatkan ia seolah-olah memburukkan nama idustri hiburan negara.

“Kalau setakat berlakon jadi extra harap janganlah hendaknya guna title pelakon tu ye. Kesian industri kami,” tulis Erma.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata rakan selebriti dan pengikut turut meluahkan pelbagai reaksi terhadap perkongsian Erma itu.

Rata-ratanya bersetuju dengan kenyataan Erma agar istilah pelakon itu tidak perlu digunakan bagi berita tersebut kerana mereka bukanlah pelakon sebenar sekali gus merosakkan nama industri hiburan negara.

 

Khairil Khusyairi